"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Showing posts with label resveratol. Show all posts
Showing posts with label resveratol. Show all posts

Hadiah Untuk Ayah.

Assalamualaikum.

Saya masih baru beberapa bulan berkecimpung dalam perniagaan suplemen kesihatan Shaklee. Blog ini pun masih muda, banyak lagi lohong dan lompong yang belum terisi dalam blog ini. Masih banyak yang saya mahu kongsi di sini, baik dari segi kebaikan suplemen Shaklee mahupun bagaimana produk ini memberi kesan kepada kehidupan saya bukan saja dari segi kesihatan.

Sejak mula aktif berniaga produk-produk Shaklee, adalah sedikit pendapatan sampingan untuk kami suami isteri. Memandangkan pendapatan bulanan kami sendiri sudah mencukupi, jadi kami selalu kumpul-kumpul hasil pendapatan sampingan ini untuk perkara-perkara lain yang lebih berupa kemahuan, bukannya keperluan. Dan kemahuan saya yang paling kuat sekali adalah untuk membalas jasa keluarga.

Mula-mula mengamalkan vitamin Shaklee, sebaik saja saya terasa keberkesanan produk-produk ini saya terus bekalkan ayah dengan Advance Joint Health Tablet. Masa itu cuma tablet ini saja yang ayah sudi terima. Ayah saya orangnya tak suka dibelanja, perangai yang menurun ke saya dan adik-beradik yang lain. Dengan anak-anak sendiri pun ayah tak suka dibelanja. Jadi waktu mula-mula saya cadangkan produk Shaklee, ayah berat hati mau terima.

Ayah saya banyak penyakitnya. Ubat-ubatan harian ayah banyak sangat. Pagi lain, malam lain. Sekali makan berbiji-biji pil. Mengenali ayah seumur hidup saya, saya tahu ayah takkan mahu jika saya bekalkan seluruh set kesihatan kepadanya. Jadi saya cuba dengan satu vitamin saja, Advanced Joint Health Tablet. Sebabnya pil banyak-banyak yang ayah makan setiap hari tu tak ada satu pun untuk sakit sendi. Semuanya untuk penyakit-penyakit lain yang lebih berat. Oleh kerana dah terlalu banyak pil yang hospital bekalkan, ayah tak mahu ambil ubat untuk sakit sendi pula.

Bila saya cadangkan Advanced Joint Health Tablet, ayah berat hati mahu terima. Dipujuk-pujuk akhirnya ayah setuju, dengan syarat harga tablet itu ditolak daripada wang yang saya hantar setiap bulan. Saya pun setuju. Cuma saya tak pernah tolak harga tablet tersebut, setiap bulan jumlah yang saya hantar kepada ayah tetap sama. Hehe. Bising juga ayah pada mulanya. Saya tahu kalau saya berhujah memang takkan menang dengan ayah. Jadi saya minta ayah pandang tindakan saya itu dari sudut berbeza. Dengan berbakti kepada ayah, saya harap keberkatan dan rahmat Allah swt akan memayungi rezeki saya, dan doa ayah sendiri akan menjemput rezeki yang lebih meriah untuk keluarga saya. Bila saya terangkan begitu barulah ayah terima.

Tapi Advanced Joint Health Tablet tu cuma langkah mula saya saja. Bila ayah mula terasa sakit sendi semakin kurang dan terus kurang, ayah semakin yakin dengan Shaklee. Lebih-lebih lagi bila saya terangkan tentang kemungkinan menghadapi krisis penyembuhan, tapi ayah sendiri tak mengalami krisis penyembuhan yang teruk. Setiap kali kami berjumpa atau bertelefon, ayah akan ceritakan perkembangan sakit sendinya yang semakin pulih.

Lalu saya cucuk jarum, saya ceritakan tentang Vivix pula.

Vivix ni ayah yang punya :)
Macam-macam saya cerita tentang Vivix. Tapi tak pernah saya bayangkan yang saya mahu belikan sebotol untuk ayah. Saya cuma cerita produk kesihatan Shaklee ni harganya murah, yang paling mahal cuma Vivix. Itupun sebab kelebihan-kelebihan Vivix untuk pesakit berat seperti kencing manis, darah tinggi, paras kolestrol tinggi, pesakit jantung dan lain-lain. Ayah dengarkan tapi tak pernah kata apa-apa. Kadang-kadang sambil berbual-bual petang saya cerita sikit-sikit tentang Vivix, siapa yang sesuai makan dan bagaimana fungsinya, tentang ramuannya yang organik dan selamat. Tapi saya tak pernah cerita beria, cuma seperti borak-borak kosong saja.

Lama juga saya cerita sedikit demi sedikit tentang Vivix pada ayah, lebih kurang sebulan dua jugalah. Akhirnya satu hari saya dapat panggilan daripada ayah, katanya lepas Advanced Joint Health Tablet bulan itu habis, ayah nak cuba Vivix pula. Saya jawab selamba: Boleh saja. Sedangkan dalam hati terujanya tak terkata. Haha.

Jadi bulan ini, dengan rezeki daripada pendapatan sambilan yang kami seronok lakukan bersama ini, saya dan suami telah belikan hadiah Vivix untuk ayah. Macam biasa, ayah minta ditolak daripada wang bulanan yang saya hantar kepadanya. Dan macam biasa jugalah, saya setujukan saja. Tapi saya tahu, dan ayah pun tahu, perkara itu takkan berlaku :p

Selamat menyambut puasa, ayah. Selamat menjaga kesihatan. Dan semoga kesihatan ayah bertambah baik hari ke hari. Untuk apalah rezeki dan kesenangan yang kita kecapi jika tak dikongsi dengan orang yang tersayang. Terasa jiwa kosong tak bermakna hidup dan harta kalau segala kemewahan dan kesenangan cuma untuk diri sendiri saja. Cuma ini yang mampu seorang anak lakukan, selain doa yang mengiringi setiap hari. Doakan kami berdua juga :)

notakaki: Bulan ini juga berkat rezeki rajin berusaha saya hadiahkan suami dengan Performance Drink dan untuk diri sendiri pula Nutriferon. Dah ada Performance Drink ni, bolehlah kombinasikan dengan ESP dan Milk Shake kami untuk bancuh set Mighty Triple Gem. Persediaan untuk berpuasa nanti. Seronok rasanya berkongsi dengan keluarga dan suami. Bak kata P. Ramlee: Hai senangnya dalam hati...

Angelina Jolie Buang Payudara: Cegah Kanser Payudara.

Assalamualaikum.


Status Dr. Hamid Arshat. Angelina Jolie sanggup buat pembedahan buang payudara sebab takut kanser. Kita-kita macam mana? Sanggup ke buang payudara semata-mata kerana takutkan kanser? Kalau sanggup sekalipun, mampu ke bayar kos pembedahan tersebut?

Wah. Pusing ni. Saya yakin ramai wanita tak sanggup buang payudara. Selain risiko pembedahan, rasa rendah diri pun perlu dipertimbangkan. Perasaan suami pula macam mana. Anak-anak lagi. Jadi kalau takut diserang kanser payudara, jangan duduk diam saja. Bertindak sekarang. Cegah lebih baik daripada merawat.


Pencegahan

Peringatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser payudara boleh disembuhkan sekiranya dikesan dan diberi rawatan pada peringkat awal. Salah satu cara pencegahan adalah dengan melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan. Siapa yang perlu lakukan PSP ini? Semua wanita berusia 20 tahun dan ke atas perlu melakukan PSP setiap bulan sepanjang hayat mereka. Wanita 30 tahun keatas pula perlu mendapatkan pemeriksaan payudara oleh Pegawai Perubatan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun. PSP paling sesuai dilakukan pada hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid. Bagi wanita yang mempunyai haid tak teratur atau sudah putus haid, PSP boleh dilakukan pada mana-mana hari yang ditetapkan dalam bulan. Pilih hari yang mudah diingati seperti hari pertama atau terakhir bulan.

PSP boleh dilakukan dengan dua cara berdiri atau berbaring. Untuk mengetahui cara-cara melakukan PSP, anda boleh rujuk link ini.

Cara melakukan PSP. Gambar diambil dari laman Wanista.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika melakukan PSP ialah:


  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
  • Puting payudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.

Selain melakukan PSP, wanita juga boleh melakukan perkara-perkara berikut untuk mencegah kanser payudara:
  1. Bersenam: Kajian menunjukkan bahawa seiring dengan peningkatan aktiviti, maka risiko kanser payudara akan berkurang. Bersenam akan menurunkan kadar estrogen yang dihasilkan tubuh sehingga mengurangkan risiko kanser payudara.
  2. Kurangkan lemak: Anda tentu sering mendengar pertentangan pendapat mengenai hubungan antara kanser payudara dengan makanan berlemak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet rendah lemak membantu mencegah kanser payudara. Jenis lemak yang memicu kanser payudara adalah lemak tepu dalam daging, mentega, makanan yang mengandung susu penuh krim dan asid lemak dalam marjerin.
  3. Perhatikan cara memasak: Cara anda memasak daging terutamanya akan mempengaruhi risiko kanser payudara. Daging-daging yang dimasak atau dipanggang menghasilkan bahan karsinogenik (amino heterosiklik). Semakin lama dimasak, semakin banyak ia terbentuk. Amino heterosiklik paling banyak terdapat dalam daging bakar yang lapisan luarnya (kulitnya) keras dan hitam.
  4. Makan lebih banyak buah dan sayur: Semakin banyak buah dan sayuran yang dimakan, semakin kurang risiko untuk semua kanser, termasuk kanser payudara. Makanan dari tumbuh-tumbuhan mengandungi antioksidan yang tinggi, antaranya vitamin A, C, E dan mineral selenium, dapat mencegah kerosakan sel yang menjadi penyebab terjadinya kanser. National Cancer Institute (NCI) menyarankan pengambilan buah dan sayuran paling tidak lima kali dalam sehari.
  5. Ambil suplemen antioksidan: Suplemen tidak dapat menggantikan buah dan sayuran, tetapi suatu formula antioksidan boleh dijadikan makanan tambahan yang dapat mencegah kanser payudara.
  6. Makan banyak serat: Selain berfungsi sebagai antioksidan, buah dan sayuran juga mengandung banyak serat. Makanan berserat akan mengikat estrogen dalam saluran pencernaan, sehingga kadarnya dalam darah akan berkurang.
  7. Makan lebih banyak soya: Makanan-makanan yang berasal dari soya banyak mengandung estrogen tumbuhan (fito estrogen). Ia mirip dengan estrogen tubuh, tapi lebih lemah. Fito estrogen terikat pada reseptor sel yang sama dengan estrogen tubuh, mengikatnya keluar dari sel payudara sekali gus mengurangkan kesan penyebab kanser payudara.
  8. Jaga berat badan: Kenaikan berat badan setiap paun setelah usia 18 tahun akan menambah risiko kanser payudara. Ini disebabkan seiring dengan bertambahnya lemak tubuh, maka kadar estrogen sebagai hormon punca kanser payudara dalam darah pun akan meningkat.
  9. Jangan merokok: Merokok akan meningkatkan risiko kanser payudara malah kanser dan juga penyakit kronik yang lain.
  10. Menyusui: Untuk alasan yang masih belum jelas, menyusukan bayi ada hubungannya dengan berkurangnya risiko kanser payudara sebelum menopaus.


Cadangan suplemen Shaklee

WM RM475 / EM RM499
150 ml
Vivix
Sangat kaya dengan anti-oksidan dan resveraterol iaitu bahan yang berkesan mencegah kanser.

WM RM149 / EM RM154
120 capsules
Tahan 4 bulan

Vitamin E
Kaya dengan akti-oksidan malah turut mengandungi selenium yang mengoptimumkan penyerapan vitamin E dalam tubuh selain mencegah kerosakan sel yang menyebabkan kanser.

WM RM88.75 / EM RM93.75
120 tablet
Tahan 4 bulan
Vitalea
Multimineral dan multivitamin yang lengkap untuk menyokong keperluan diet harian yang sihat.

WM RM150 / EM RM155
850 gram
Tahan 2 - 3 bulan
Energizing Soy Protein (ESP)
Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif

WM RM53.75 / EM RM56.25
330 tablets

WM RM97.50 / EM RM102.50
700 tablets
Alfalfa
Membantu proses penyingkiran toksin (detox) tubuh selain meningkatkan penghasilan air susu ibu bagi ibu-ibu yang menyusukan.

WM RM52.50 / EM RM55
180 capsules
Lecithin
Membantu membakar lemak dengan lebih efisien, sesuai untuk kawalan berat badan.

Harga yang dipaparkan adalah harga runcit mengikut piawaian Shaklee Malaysia. Untuk mengetahui harga istimewa pelanggan saya, sila jangan segan untuk hubungi saya. Setiap pembelian melalui saya atau menggunakan ID saya, anda layak menjadi sebahagian komuniti secret group eksklusif yang dibimbing oleh Master-master Shaklee yang berpengalaman. Selain itu, anda juga layak mendapat konsultasi percuma daripada saya selagi menjadi pelanggan saya. Jom cegah kanser payudara bersama-sama. InshaAllah :)


Kenali Kanser Payudara.

Assalamualaikum.

Gambar ihsan Google. Graphical content. Tujuan gambar ini untuk kesedaran dan peringatan bersama saja.
Kanser payudara adalah penyebab utama kematian di kalangan kaum wanita akibat kanser di Malaysia. Penyakit ini berlaku bila sel kanser (malignan) merebak dalam sel-sel payudara. Sel kanser ini boleh merebak di mana-mana bahagian payudara termasuk lobus yang menghasilkan susu dan duktus yang menghantar susu ke puting. Kanser payudara invasif adalah istilah yang digunakan merujuk bila sel-sel kanser merebak ke tisu-tisu sekeliling payudara.

Perebakan
Kanser payudara merebak melalui cara berikut:
  • Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga 
  • akan menyerang kulit dan dinding otot dada. 
  • Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke 
  • seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, 
  • tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari. 
  • Adalah dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada 
  • dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser 
  • mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya 
  • merebak ke seluruh badan. 
  • Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payu dara 
  • sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami 
  • metastasis. 

Faktor-faktor Risiko
Terdapat tiga jenis faktor risiko iaitu faktor risiko tinggi, faktor risiko sederhana dan faktor risiko rendah. Wanita mempunyai risiko lebih tinggi diserang kanser payudara. Namun ada beberapa sebab lain yang meningkatkan risiko anda diserang kanser ini.

Faktor risiko tinggi:
  1. Umur: wanita berumur lebih mudah diserang kanser payudara.
  2. Sejarah keluarga: peranan genetik dalam risiko ditimpa penyakit ini masoh belum dapat difahami, namun statistik menunjukkan wanita yang mempunyai sejarah keluarga ditimpa kanser payudara lebih tinggi risiko diserang penyakit sama.
  3. Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara. 
  4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif 
  5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun.
Faktor risiko sederhana:
  1. Sejarah haid: kanser payudara lebih mudah menyerang wanita yang datang haid awal dan putus haid lewat.
  2. Sejarah kelahiran: risiko lebih tinggi bagi wanita yang tidak mempunyai anak atau melahirkan anak pertama pada usia lewat.
  3. Estrogen eksogenus: wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi 
  4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim. 
  5. Alkohol: terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara. 
Faktor risiko rendah:
Diet yang tinggi lemak juga mempunyai hubungkait dengan risiko kanser payudara. Kaitan ini telah 
dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser payudara yang menyerang masyarakat yang 
mengamalkan diet yang berbeza. Walau bagaimanapun, masih tiada satu bukti yang kukuh untuk 
menyokong teori ini dan kajian masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara ini.

Tanda-tanda dan Gejala
  • Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin. 
  • Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan. 
  • Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.

Ujian Mengesan Kanser Payudara

Mamografi
Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu 
mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui 
pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej 
payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada 
mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan. 

Sel kanser dikesan melalui mamografi. Gambar ihsan Google.

Ultrasonografi
Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat 
ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir. 

Biopsi
Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil 
dan diperiksa menggunakan mikroskop. Terdapat dua jenis biopsi: 
  • Biopsi aspirasi - menggunakan jarum untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripada ketumbuhan di payudara. 
  • Biopsi pembedahan - di mana ketumbuhan atau kawasan yang disyaki dipotong dan dikeluarkan untuk diperiksa melalui mikroskop. 

Begitu serba sedikit tentang kanser payudara, pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Dalam entri berikutnya saya akan kongsikan beberapa cara mencegah penyakit ini. InshaAllah kita sama-sama usahakan, berikhtiar untuk mengelak daripada diserang penyakit yang membunuh ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...