"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Review Grand Lexis Port Dickson

Assalamualaikum.

Baru-baru ni masa nak ke program S2U Tours Family Day Zon Tengah hari tu kami sempat bermalam di Grand Lexis Port Dickson. Tak rancang nak ke sini pun. Asalnya cuma nak gerak pagi terus ke program. Kemudian saya la yang suka cucuk En Qusyairi supaya gerak awal bermalam di mana-mana, saja nak bawa Kautsar berjalan. 

Saya plan nak bermalam di Melaka, mungkin bawa Kautsar main air atau ke zoo, kemudian singgah beli tudung. Tiba-tiba En Qusyairi tanya: tidur di Grand Lexis nak? Rupanya En Qusyairi nak bagi hadiah advance untuk birthday saya hujung bulan ni. Allah, terharunya. Kami ni bukan jenis yang selalu tukar-tukar hadiah. Sekali sekala kalau datang perasaan romantik tu adalah keluar makan berdua. Bila En Qusyairi bagi hadiah hari lahir ni, terharu sangat rasanya.

Ok cukup-cukup cerita terharu. Jom review Grand Lexis ni ye.

Grand Lexis ni yang seronok sangat sebab setiap bilik ada private pool. En Qusyairi memang pantang jumpa air, mesti dia terjun. Kautsar pun menurun tabiat En Qusyairi suka terjun kolam. Macam saya ni pemalu, tak pernah dan inshaAllah takkan pernah terjun dalam kolam awam. Malu orang tengok kita berendam. Hehe. Lagi pula bila keluar pool nanti, baju melekat-lekat. Allah, malunya. 

Jadi En Qusyairi pilih Grand Lexis ni supaya saya boleh mandi kolam sama-sama beliau dan Kautsar. Sehari sebelum bertolak, kami tempah bilik Garden Pool. Garden Pool bilik untuk 2 orang. Selain daripada Garden Pool, ada bilik atas laut, ada yang kolamnya open air. Ada suite. Ada banyak jenis bilik, semuanya ada private pool. Kami suka buat tempahan melalui www.booking.com sebab boleh buat booking percuma, cancellation pun percuma. Cuma kena bagi detail credit card je tapi tak terus tolak bayaran.

Masa sampai, bilik Garden Pool penuh, jadi kami ditawarkan upgrade percuma ke bilik Grand Garden Pool. Grand Garden Pool ni bilik untuk 4 orang dewasa. Sangat luas, ada 2 katil king, sofa dan meja kopi, peti sejuk, pantry siap dengan microwave, cerek elektrik, pinggan mangkuk, sudu garfu pisau, ada counter makan. Dalam bilik Grand Garden Pool ni ada satu bilik persalinan. Dalamnya ada toilet dan shower berasingan, sinki, almari dan rak. Turut disediakan dalam almari ialah safe deposit box, seterika dan ironing board, payung, dan selipar.

Ruang tidur dan berehat.
Bilik persalinan dan bilik air. Almari kat sebelah kiri bilik. Maaf ler, jurugambar tak profesional macam ni je gambar yang dapat snap. Huhu.
Private pool dalam bilik. Terjun la sesuka hati bila-bila masa suka. Nak seksi-seksi tak pakai tudung pun boleh. Hihi.
Yang bestnya bilik Grand Garden Pool ni sebab kat sebelah pool tu ada ruang rehat dan shower untuk bilas. Penat berenang-renang boleh naik makan nasi sekejap. Haha. Kautsar la tu. Dah puas berenang, naik makan dulu. Lepas tu sambung berenang. Sampai ibu abah dah tak kuasa nak layan, kaki tangan pun dah kecut, pastu kena paksa naik dan tidur. Menangis la, apa lagi. Hihi.

Kolam dalam bilik kami dalamnya 4 kaki. Keluasannya saya tak pasti, tapi kalau 3-4 orang berenang sekali ok la. Lebih daripada tu, boleh berlaga dalam kolam. Sesuai la sebab bilik kami pun bilik untuk 4 orang.

Aktiviti dalam bilik dah cukup meriah, kat luar bilik lagi meriah. Ada kolam mandi terbuka, boleh sewa basikal yang kayus sambil duduk berlunjur tu, apa entah namanya. Selain tu ada permainan untuk kanak-kanak, yang macam castle tapi isi angin. Anak-anak boleh lompat-lompat dalam tu. Ada taman permainan kecil. Gimnasium, spa dan entah apa-apa lagi semuanya ada. Saya tak pusing habis sebab letih, hotelnya pula besar.

Sepan bilik kami.
Depan bilik juga, tapi background bangunan utama.
Maaf saya tak dapat nak review breakfast sebab saya tak turun breakfast pagi tu. En Qusyairi dan Kautsar je yang pergi breakfast. Saya rehat, recharge, ready nak sedut aura dan ilmu di program S2U petang itu dan esoknya :)

Pada saya, untuk pengalaman dan kalau ada acara-acara istimewa seperti sambutan ulangtahun perkahwinan, hari jadi, atau bulan madu sesuai sangat ke Grand Lexis ni. Kolam dalam bilik, memang romantik sangat kan. Hihi. Ada rezeki inshaAllah kami ke sana lagi. Lebih seronok kalau datang dengan family, boleh berkelah tepi kolam beramai-ramai.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...