"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Petua Hilangkan Lenguh dengan Epsom Salt.

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni saya sering rasa cepat lenguh, cepat letih. Mungkin sebab jadual dah mula padat dengan aktiviti, maklumlah semester dah bermula. Sebelum ni seronok je rilek-rilek 3 bulan pelajar cuti, saya pun perasan cuti juga. Hehe.

Untuk hilangkan lenguh badan, saya cuba petua yang saya dapat daripada satu group facebook yang saya join. Petuanya, berendam dengan garam Epsom. Apa dia garam Epsom tu?


Garam Epsom ni adalah sebatian mineral semulajadi, terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul. Garam Epsom seringkali dikenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit.

Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat, kedua2 mineral ini mudah diserap ke dalam kulit. Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan.

Magnesium memainkan beberapa peranan termasuk mengawal selia aktiviti2 enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.

Cara menggunakan garam epsom ialah dengan berendam di dalam bath tub (2 cawan garam epsom + 15 gallon air), sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu selama 12 minit boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan, mewujudkan perasaan ‘relax’, melegakan sakit kepala dan ‘stress’ atau larutkan 1/2 cawan garam epsom dengan air suam ke dalam bekas sederhana besar dan rendamkan kaki selama 20 minit untuk melegakan keletihan dan sakit kaki. Jangan sekali kali membiarkan garam pada kulit sebaik saja selesai berendam, pastikan membilas badan dengan air biasa.

Bonus buat ibu-ibu hamil, garam ni juga dipercayai boleh mengurangkan gejala pre-eclampsia. Ibu hamil take note ye :)

Garam Epsom yang saya beli macam dalam gambar di atas. Saya beli di Guardian dengan harga RM5.70 saja. Saya bancuh setengah paket garam epsom ni dalam besen dan mandi. Selebihnya saya guna untuk rendaman kaki. Alhamdulillah lepas mandi dan rendam kaki, terasa badan lebih ringan dan kulit lebih lembut. Sakit-sakit badan, sengal dan lenguh pun hilang. Lagi best sebab saya bancuh dengan air suam panas, memang syok mandi.

Sebagai alternatif, saya turut ambil Ostematrix Shaklee setiap malam untuk kurangkan lenguh dan sengal badan. Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan mineral lain yang membantu penyerapan kalsium lebih baik oleh badan. Kesan yang saya rasa lepas amalkan Ostematrix setiap malam, bangun pagi terus segar dan tak sakit-sakit badan, tiada gusi berdarah atau kejang otot dan lebih mudah


Lepas ni kalau anda ada mengalami masalah lenguh berlarutan, boleh cuba guna garam epsom ni. Semoga memberi manfaat kepada anda sama seperti saya mendapat manfaatnya juga.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...