"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Petua Pemakanan Diet Seimbang Waktu Siang

Assalamualaikum.

Aktiviti pengambilan makanan yang seimbang sering menjadi masalah bagi individu yang sedang dalam proses penurunan berat badan terutamanya buat kaum wanita. Jika tersilap langkah, pastinya golongan ini akan menjerit dan kecewa di saat melihat berat badan mereka di penimbang berat.



Mungkin anda kurang mengambil berat tentang apa yang dimakan ketika di waktu siang dan di sini kami ada beberapa tips mudah agar diet anda seimbang di kala makan di waktu siang.

Dipetik dari Vemale.com, langkah yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

1. Minum air sebelum makan 
Pastikan anda minum paling tidak segelas air putih sebelum mengambil sebarang makanan agar dapat mengurangi rasa lapar anda.

Selain melancarkan sistem percernaan, air juga boleh melancarkan sistem perkumuhan agar proses penurunan berat badan dapat berlaku dengan lebih berkesan. Jika bosan dengan air putih, anda juga boleh menggantikannya dengan jus tanpa gula atau pun teh yang tawar.

2. Hadkan makanan berkalori tinggi
Hindari makanan yang berkalori tinggi seperti nasi putih yang kaya dengan karbohidrat. Gantikan nasi dengan beras perang atau pun kentang yang mempunyai serat tinggi dan boleh membuatkan anda rasa kenyang dalam jangka waktu yang lebih lama.

Jika ingin kepelbagaian dalam rutin makanan, anda juga boleh mengambil buah avocado, madu, roti gandum dan juga pisang bagi menggantikan nasi putih.

3. Bawa bekal makanan sendiri
Jika merasakan agak sukar untuk mengira berapa banyak kalori dalam setiap makanan anda, lebih elok sekiranya anda menyediakan bekal makanan ke kuliah mahupun ofis.

Lebih mudah untuk anda menghindari garam, perisa makanan, lemak dan pengawet makanan yang nyata akan merosakkan diet anda jika terlalu banyak berada di dalam tubuh badan.

4. Serat dan protein
Ucapkan selamat tinggal pada ais krim atau kek di kala menikmati pemanis mulut di waktu siang, sebaliknya gantikan makanan bergula tinggi ini dengan makanan yang kaya dengan serat dan protein.

Makan dua biji telur rebus bersama segelas jus epal ataupun jus lobak merah kerana mengandungi serat yang boleh mengenyangkan perut lebih lama dan ianya juga kaya dengan protein yang merupakan sumber energi yang sangat baik dan tidak membuatkan anda berasa ngantuk.

Jangan lupa untuk amalkan rutin di atas dalam program diet anda.

Selamat mencuba!

[Sumber]
By Azizah Saleh | Tupai


SET CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK KURUSKAN BADAN


Turunkan berat badan dengan set vitamin Shaklee yang bertindak mengikut 4 langkah:

  • Bakar lemak: OmegaGuard dan Lecithin
  • Singkir lemak: Herblax / Alfalfa
  • Bina otot: Cinch Shake Mix / ESP
  • Tingkatkan metabolisme: Cinch Teamix

Set ini turut bantu mengawal selera makan, mengelakkan gastrik dan angin dalam perut, membersihkan usus dan melawaskan penghadaman makanan. Pengambilans set cadangan untuk kuruskan badan ni perlu mengikut jadual pemakanan yang terkawal dan jadual pengambilan vitamin pada waktu dan jumlah yang betul. Selain itu amalkan minum air kosong sekurang-kurannya 3 liter sehari.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...