"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Saat Kelahiran Khalifah Kecil Kautsar Kamaliah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah khalifah kecil kami dah hampir berusia setahun lima bulan. Sekejap je rasa dah besar anak kami. Hari ni saya ibu terdetik nak cerita semua tentang Kautsar. Entah kenapa, sentimental pula rasa hari ni. Hihi.


Ibu dan abah menanti 7 bulan untuk hamilkan Kautsar. Walaupun 7 bulan tu pada orang lain mungkin sekejap, pada kami cukup lama. Tapi perancangan Allah swt memang terbaik, 7 bulan adalah waktu secukupnya untuk kami suami isteri saling berkenalan dengan lebih rapat sebelum menyandang tanggungjawab sebagai ibubapa. Maklumlah, kami cuma sempat berkenalan selama 7 bulan sebelum berkahwin.

Saat ibu syak ibu hamil, abah tak ada. Ibu bertugas di pusat bandar seminggu, abah pula di kampung bercuti. Setiap masa abah telefon ibu tanya, dah datang haid ke belum. Setiap kali juga ibu kata belum. Tamat je tugas ibu waktu tu, abah jemput ibu untuk bawa ibu bercuti. Waktu itulah ibu dan abah tau Kautsar ada dalam rahim ibu.

Ibu dan abah sama-sama menangis dalam bilik air, sambil berpelukan. Abah pegang ujian kehamilan ibu tak lepas-lepas :)

Alhamdulillah pengalaman hamilkan Kautsar mudah dan sangat seronok. Biasalah letih-letih badan pada awalnya, tapi kemudian ibu sangat bertenaga. Ibu bersemangat. Kautsar khalifah kecil ibu dan abah yang sangat baik, sangat memudahkan ibu dan abah. Tak pernah buat ibu sakit atau tak selesa. Berat badan ibu naik cantik, hb sentiasa normal, gula tak ada masalah. Semuanya mudah sepanjang hamilkan Kautsar. Dan abah kata, ibu cantik sangat sepanjang hamil :D

Waktu itu ramadhan ketiga. Balik kerja awal, ibu dan abah ke Carrefour beli barang dapur untuk masak berbuka. Ibu masak lauk daging lemak cili padi hari tu. Waktu tengah cuci pinggan lepas buka, keluar tanda bersalin. Darah dan lendir mengalir banyak, macam drama. Abah cepat-cepat solat maghrib, terus bawa ibu ke Hospital Pakar Puteri, JB.

Sampai di hospital, nurse kata bukaan baru 1 cm. Ibu balik rumah Cik Eza, tidur dan rehat. Esok inshaAllah ibu dan abah akan jumpa Kautsar.

Malam tu mula jam 3 pagi, ibu dah rasa contraction sikit. Jam 5 pagi ibu dah tak boleh tidur sebab gementar, bukan sebab sakit. Dari jam 5 pagi ibu pusing satu rumah, jalan tak berhenti semoga jalan cepat buka. Tak sabar nak jumpa anak ibu.

Lebih kurang jam 9 pagi ibu terus ke hospital sekali lagi. Nurse kata bukaan baru 1.5 cm. Lambat buka. Jumpa Doktor Laila lebih kurang jam 10-11 pagi, doktor seluk untuk stretchkan jalan. Sakit, memang sakit. Rasa macam kena sula. Hehe. Lepas tu darah turun melimpah. Ibu takut tengok darah banyak-banyak, haha. Lepas doktor seluk, ibu terus ke labour room untuk masukkan ubat buka jalan.

Nurse masukkan ubat jam 11:30 pagi. Jam 1 tengahari ibu dah rasa sakit. Kadang sakit sikit, kadang sakit banyak. Jam 2 petang, jalan dah buka 4 cm, doktor pecahkan ketuban. Anak ibu dah berak dalam perut, jadi kena bersalin cepat.

Cik Eli, Uncle Zul, Abang Luqman, Cik Eza, Mamat dan Atuk ada tunggu di bilik menunggu sepanjang hari. Abah sentiasa ada sebelah ibu; kekuatan ibu, semangat ibu. Sesaat pun ibu taknak jauh dari abah.

Ibu tak pernah pergi kelas antenatal. Sepanjang menunggu nak lahirkan Kautsar, ibu ikut semua yang nurse dan doktor suruh. Sebelum ibu bersalin, ada seorang ibu Cina yang sedang lahirkan anak kedua di bilik sebelah. Ibu boleh dengar doktor ajar ibu Cina tu, jadi ibu ikutkan apa yang doktor dan nurse kata.

Jam 4 lebih, abah minta izin keluar untuk solat Asar. Sebaik je abah balik dari surau, doktor pun masuk jenguk ibu. Doktor cek bukaan dah 7 cm. Kemudian doktor kata kalau rasa nak teran, teran sekuat hati.

Kali pertama ibu teran, caranya tak betul. Nurse suruh ibu pegang paha kuat-kuat dan tarik masa meneran. Ibu teran kali kedua. Kecoh sangat rasanya waktu tu, semua bising. Ibu abaikan kecoh-kecoh tu, ibu fokus pada suara nurse sebelah ibu yang jaga ibu. Kemudian ibu teran kali ketiga.

Alhamdulillah. Waktu tu jam 5 petang. Kautsar keluar dari rahim ibu cepat sangat. Sihat. Comel. Selamat. Waktu nurse tolak Kautsar ke nursery, semua orang tak sangka bayi itulah Kautsar. Cik Eli sempat hantar whatsapp kepada ibu tanya kalau ibu nak makan, waktu tu ibu sedang teran Kautsar. Hehe. Bila abah keluar bagitau Kautsar dah selamat dilahirkan, masing-masing kelam kabut nak tengok bayi. Tapi Kautsar dah masuk nursery.

Ibu dan abah pilih nama Kautsar Kamaliah. Maksudnya yang banyak kesempurnaan. Nama ni ibu dan abah pilih ketika dalam perjalanan pulang dari kampung satu masa tu. Inspirasinya dari surah Al-Kauthar dan juga bunga kamelia.


Alhamdulillah. Kautsar lahir dengan berat 3.55 kg, lebih dari yang ibu sangka. Kemampuan ibu untuk lahirkan anak sulong dengan berat begitu, mudah dan cepat, lebih kurang 12 jam je sakit, pun ibu tak sangka. Ibu panjatkan syukur kepada Allah swt, kerana merahmati rumahtangga ibu dan abah dengan pengalaman ini, dah hadiah cahayamata yang sangat ibu dan abah hargai.

Kautsar usia 4 hari.
Semoga besar jadi anak solehah. Penyeri rumahtangga ibu dan abah. Penyejuk hati. Pembimbing ibu dan abah ke jalan yang dirahmati Allah swt. Anak yang mendekatkan ibu dan abah kepada syurga-Nya.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...