"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Bekerja dan Berehat Perlu Seimbang.

Assalamualaikum.

En. Qusyairi dan saya sama-sama bekerja sepenuh masa di sebuah institusi pengajian tinggi. Antara kami berdua, beban kerja sama banyak dan sama berat. Cuma En. Qusyairi lebih banyak terlibat dengan program dan aktiviti, manakala saya pula banyak terlibat dengan pengurusan dan hal-hal jabatan. Tetap pening kepala dan stress kami kongsi sama-sama. Hehe.

Lumrah kerja kami, ada masanya perlu ke mesyuarat atau bengkel di luar kawasan. Hujung minggu lepas, kami telah sama-sama terlibat dengan bengkel di sebuah Golf Club di tepi pantai. Cuaca sangat panas, dan kami dah terbiasa hujung minggu adalah waktu rehat bersama keluarga. Bila perlu bekerja begitu, terasa letih.

Untuk menghilangkan stress dan letih itu, sebaik habis bengkel kami suami isteri terus memecut ke Kuala Lumpur membeli-belah barang-barang yang sudah lama kami mau beli. Banyak berhabis pada pakaian dan beberapa keperluan lain. Walaupun badan letih, tapi stress memang hilang.

Pointnya bukan nak kata kena bershopping baru stress kurang, tapi perlunya keseimbangan antara bekerja dan berehat. Bayangkan kami suami-isteri bekerja sepenuh masa, dan kerja kami bukan habis setakat waktu pejabat. Sentiasa ada kerja yang perlu dibawa balik rumah. Dalam masa sama kami berdua menjalankan perniagaan di internet. Dan hujung-hujung minggu kami berdua masih sediakan masa untuk pulang melawat orang tua, satu kampung di selatan, satu kampung lagi di utara.

Perbelanjaan rumah kami lebih daripada cukup, malah mampu sangat berkongsi rezeki ini dengan Si Kuning, ayah dan emak ayah serta sekali sekala belanja adik beradik makan sedap-sedap atau beli barang keperluan. Tapi kami tetap berniaga sampingan kerana kepuasan hati yang kami dapat daripada perniagaan itu sendiri. Tekanan kerja dan tekanan perniagaan tak perlu cerita. Letihnya membahagikan masa antara kerja sepenuh masa, kerja sampingan, keluarga dan privasi kami sendiri memang tak terhingga.

Tapi kami cari jalan untuk bergembira. Berehat dan bergembira :)

Sentiasa ada masa untuk kami bersiar-siar atau bercuti. Bila-bila tergerak hati terasa letih dan perlu berehat, kami akan pecut ke mana-mana. Kadang-kadang kami sekadar berjalan pusing-pusing bandar lihat lampu malam-malam. Kadang-kadang pergi makan di restoran istimewa walaupun tanpa sebab yang istimewa. Kadang-kadang kami menonton wayang. Ada saja. Macam hujung minggu lepas, letih berbengkel kami ganti dengan membeli-belah. Badan memang penat, tapi yang penting hati tenang dan gembira.

Sebab itu bekerja dan berehat perlu seimbang. Jangan kerja gila-gila, nanti betul-betul gila jadinya. Haha. Berehat berlebihan pun sia-sia, tak menikmati hidup sepenuhnya. Yang penting, jangan malas dan jangan tertekan. Sederhana saja dalam segalanya. InshaAllah rezeki cukup untuk kita kongsi dan zakatkan :)

Kat bawah ni gambar buah hati saya, En. Qusyairi hujung minggu lepas. Gambar saya tak ada, En. Qusyairi taknak kongsi. Beliau nak tengok seorang diri. Cemburu kalau orang lain tatap gambar isterinya. Poyolah. Haha.

Pening nak makan mana dulu.

Gaya mesti lebih. Kena tak kena belakang kira.


Entri Terakhir Hari Ini.

Assalamualaikum.

Sebelum saya masuk tidur, nak review sikit perjalanan hari ini. Bangun awal pagi ke klinik. Dah lebih tiga hari saya demam selesema. Alhamdulillah Vitamin C 100mg Chewable sampai semalam. Dapat saja terus buka kotak dan makan tiga biji. Kurang selsema serta merta. Alhamdulillah.

Pagi tadi ke klinik dapat ubat selesema. Tak berapa makan pun sebab ambil Vitamin C Chewable lagi sedap. Hehe. Kemudian terus dengan operasi mengepos barang. Alhamdulillah selesai semuanya, stok Vitamin C pun terus susut tinggal sikit. Sampai di pejabat, semua stok yang saya baru order belum sampai ke tangan saya lagi pun habis langsai terjual tak sampai sejam. Tak perlu cerita panjang, tak perlu cakap banyak. Nampaknya semua orang dah tau kebaikan vitamin kesihatan Shaklee berbanding jenama lain. Alhamdulillah sekali lagi :)

Bayaran pelanggan mencurah masuk, syukur Alhamdulillah sangat. Semua pelanggan tak ada masalah buat bayaran, sangat baik pelanggan-pelanggan saya. Dompet kempis jadi tebal sekejap saja. Dan order terus masuk.

Hari ini hari yang produktif.

Bersyukur sangat sebab saya masih diberi kekuatan dan kudrat untuk lakukan semua ini. Alhamdulillah suami sentiasa bantu. Rezeki masuk mencurah-curah, bukan untuk saya seorang tapi untuk dikongsi dengan orang lain, paling tidak pun untuk dikongsi dengan kucing busuk kesayangan saya, Si Kuning. Kata orang, jangan tunggu kaya baru nak bersedekah. Jangan tunggu senang baru nak berkongsi. Sesungguhnya orang yang tak seberapalah yang paling pemurah hatinya. Susah senang saya, sejak belajar hingga menganggur hingga bekerja, setidak-tidaknya dengan kucing busuk seekor itu sudah pasti saya kongsi semua rezeki. Paling tidak, apa yang ada dalam pinggan saya itulah yang saya kongsi dengan Kuning.

Ah, sentimental pula malam-malam ni. Hehe.

Oh, balik kerja tadi En. Qusyairi hadiahkan dua potong kek Secret Recipe. Hadiah untuk usaha saya bulan lepas. Terima kasih En. Qusyairi. Bulan ini akan usaha lebih hebat lagi. InshaAllah.

Cukup setakat ini, mau masuk tidur dulu. Esok mau mulakan hari baru yang lebih produktif, dan inshaAllah lebih diberkati. Selamat malam. Jangan lupa maafkan semua orang sebelum lelapkan mata. Semoga semua orang akan maafkan kita juga.


Mengelak Tidak Menyelesaikan Masalah.

Assalamualaikum.


Di atas adalah kenyataan oleh Dr. Hamid Arshat, pakar kesuburan yang semua orang kenal. Menurut beliau, masalah keseimbangan hormon wanita banyak berpunca daripada stress dan peningkatan berat badan. Akibatnya berlaku gangguan pada kitaran haid menyebabkan haid lambat, atau tak datang haid langsung, atau haid berpanjangan.

Yang saya nak ceritakan hari ini ialah bagaimana kita menangani masalah kita. Semua orang ada masalah (ikan jerung pun ada masalah, uhuk uhuk). Tapi dengan merungut dan mengeluh takkan menyelesaikan masalah kita. Semua orang stress disebabkan masalah mereka. Untuk menghilangkan stress itu kenalah cari penyelesaian, bukan mengelak dari menyelesaikan masalah tersebut.

Ambil contoh masalah kesihatan (sebab ini blog kesihatan). Tanyalah semua wanita, terutamanya yang bekerja sepenuh masa macam saya. Semua mereka mengalami gangguan sakit kepala. Ada yang sampai ke tahap migrain. Ada yang cuma sekali sekala. Demam, batuk dan selesema itu perkara biasa. Badan lemah, mudah letih, tak ada tenaga. Semua perkara ini buat kita yang dah sememangnya stress dengan urusan keluarga dan kerja bertambah stress sebab ditimpa penyakit pula. Carilah penyelesaian.

Penyelesaian bagaimana?

Tanya diri sendiri, stress kita berpunca sebab apa. Kalau sebabnya beban kerja keterlaluan, ambil masa berbincang dengan majikan. Atau cuba uruskan masa dengan lebih efisien. Jika selalu rasa badan tak bermaya, curilalh sedikit masa untuk bersenam. Tak perlu berkasut sukan, tak perlu ke padang lari. Cukuplah mengelak dari menggunakan lif, sebaliknya menaiki tangga. Pilih untuk berjalan kaki ke kawasan berdekatan berbanding menaiki kenderaan. Sekadar cadangan.

Point yang saya tekankan di sini: cari penyelesaian. Kalau anda mengalami masalah kesihatan, atau masalah emosi, dapatkan bantuan. Sekadar ke klinik untuk dapatkan MC tapi tak makan ubat yang doktor beri takkan selesaikan masalah anda. Tidur dan berehat di rumah bunyi seperti cukup untuk mengurangkan demam dan letih badan, tapi sebenarnya tidak. Berapa lama anda mau tidur dan berbaring saja? Dapatkan bantuan, dapatkan penyelesaian.

Jika perlu bersenam, bersenamlah. Jika perlu mengambil vitamin, ambillah vitamin. Jika perlu pergi bercuti, pergilah bercuti. Jangan terlalu memaksa diri. Dan jangan tunggu hingga terlambat. Penyakit yang sedikit perlulah dirawat sebelum jadi melarat.

Harap artikel ini dapat membuka mata pembaca sekalian. Jangan elakkan masalah. Selesaikan.


Cantik.

Assalamualaikum.

Update terakhir sebelum tidur malam ini. Nak bercerita tentang cantik. Ya, nak cantikkan wajah. Siapa taknak cantik, betul?

Waktu berbulan madu ke Bandung beberapa minggu lepas, saya dengan dipengaruhi nafsu telah beli beberapa barangan kosmetik jenama yang dikenali. Harganya jauh lebih murah berbanding di sini, dan saya pun memang dah lama teringin nak beli. Jadi saya pun beli. Motivasi di sebalik pembelian itu sudah tentu, kerana saya mau kelihatan cantik. Bukan di mata orang lain, saya mau En. Qusyairi lihat saya cantik.

Hakikatnya bukan kosmetik yang menjadikan wajah kita cantik. Baik lelaki maupun wanita. Kosmetik cuma mampu menutup cela pada wajah, tapi kalau sikap dan peribadi buruk tetap nampak juga. Dan wajah yang cantik pula bukanlah wajah yang dilitupi bedak seinci setiap kali keluar rumah. Wajah yang cantik ialah wajah yang berseri.

Bagaimana nak dapatkan wajah yang berseri? Sangat mudah. Dan percuma.

Cuma satu perkataan: senyum. Senyumlah dengan hati yang ikhlas. Tak ada bayaran dikenakan. Senyumlah pada sesama muhrim. Yang wanita (lebih-lebih lagi yang sudah dimiliki), jangan pula tersenyum-senyum gatal pada lelaki lain. Nanti orang kata gedik pula. Uhuk uhuk. Yang lelaki pula, jangan senyum beria nanti orang ingatkan gila. Haha.

Nasihat saya, senyumlah seadanya. Bukankah senyum itu sedekah?

Jom kempen senyum, tak perlu kata apa-apa :)


Apa Yang Berlaku Antara Sesi Menyusu?


Assalamualaikum.

Entri ini khas untuk ibu-ibu yang sedang atau bakal menyusukan bayi. Tentu ibu-ibu semua nak tahu apa yang berlaku antara sesi menyusu, kan?

Susu ibu dihasilkan sepanjang masa, bukan sekadar antara sesi menyusu.

Antara sesi menyusu, susu dikumpulkan dalam breast ibu.

Jumlah susu yang disimpan dalam breast ibu lebih banyak apabila masa antara sesi menyusu lebih panjang.

Jumlah susu yang boleh disimpan dalam payudara antara sesi menyusu berbeza antara ibu dan tidak bergantung kepada saiz payudara (walaupun begitu, saiz payudara boleh mengehadkan kapasiti penyimpanan susu).

Bagi kebanyakan wanita, mereka tidak mempunyai ruang penyimpanan susu yang banyak.

Walaupun ibu dengan kapasiti penyimpanan susu banyak atau sedikit menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka, ibu dengan kapasiti penyimpanan susu banyak mampu untuk menjarakkan masa antara sesi menyusu yang lebih panjang tanpa menggangu bekalan susu dan tumbesaran bayi.


Bagi membantu ibu-ibu mengoptimumkan penyusuan susu ibu kepada bayi masing-masing, Shaklee memperkenalkan beberapa set penyusuan untuk meningkatkan kadar penghasilan susu ibu, membekalkan nutrien yang secukupnya kepada ibu dan bayi serta dalam masa sama membekalkan tenaga kepada ibu untuk melakukan aktiviti rumahtangga dan kerja yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang set-set penyusuan susu ibu ini, jemput baca entri ini. Ibu-ibu terbuka untuk memilih set yang paling sesuai dengan masalah penyusuan ibu-ibu, atau sekiranya tiada masalah masih boleh mengambil set untuk menambah baik kualiti susu ibu untuk bayi anda. Semoga mendatangkn kebaikan kepada semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...