"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Weaning Off: Kautsar 24 Jam Tanpa Susu Ibu.

Assalamualaikum.



Alhamdulillah selesai 24 jam pertama Kautsar tanpa susu ibu. Walaupun Kautsar tabahkan hati, ibu yang sayu sebenarnya. Tapi ibu kuatkan hati juga, biar setabah Kautsar.

Kalau ikutkan hati, ibu nak susukan Kautsar seberapa lama yang Kautsar nak. Tapi ibu merancang, Allah swt pun ada perancangan juga. Tiba-tiba kami rasa ada keperluan untuk wean off sekarang.

Semalam lepas tidurkan Arfa, ibu cakap kat abah nak try wean off Kautsar malam tu. Bila Kautsar minta nak menyusu dengan ibu sebab nak tidur, ibu pujuk Kautsar minum susu kocak (baca: susu formula).

Mulanya Kautsar ingat main-main. Dia gelak-gelak bila ibu popok sambil gosok-gosok perut dan belakang dia. Lama-lama Kautsar dah tak gelak. Termenung lama, tiba-tiba pejam mata.

Sayu hati ibu tengok Kautsar tidur sendiri macam tu.



Siang tadi pun Kautsar minta nak menyusu. Ibu pujuk minum susu kocak lagi. Bila Kautsar tengok ibu tak mengalah, Kautsar pun minum susu kocak. Nak tidur petang tadi pun sama. Kautsar baring sendiri sampai pejam mata dan tertidur. Ibu nak popok dan selawatkan Kautsar taknak. Rasanya Kautsar dah tau ibu tak susukan Kautsar lagi. Hati Kautsar sedih tu, ibu tau.

Bangun lepas tidur petang tadi, Kautsar menangis. Sedih sangat nangisnya. Bukan menangis macam biasa. Tapi sayu sangat.

Ibu tanya kenapa, Kautsar kata telinga Kautsar sakit. Pagi tadi memang ibu ada bersihkan telinga Kautsar, tapi tak sakit pun. Ibu cek juga, tak ada apa-apa kat telinga Kautsar. Tapi Kautsar tetap cakap telinga sakit. Kautsar nak ibu tengok telinga Kautsar lagi.

Rupanya Kautsar nak baring atas riba ibu je. Allah. Sedih hati ibu. Nak baring atas riba ibu boleh, nak. Cuma ibu nak wean off je. Bukan ibu taknak susukan Kautsar lagi. Cuma ini yang ibu dan abah rasa terbaik buat masa ni.

Sekarang Kautsar dah tidur. Pun tidur sendiri. Taknak dipopok atau didodoi. Ibu sakit kepala pula malam ni, tak boleh buka mata. Abah pula keletihan hari ni jadual abah penuh dari pagi sampai ke petang. Sementara ibu tekap muka dengan bantal sebab sakit kepala, abah dah tertidur sebelah Kautsar.

Ibu dengarkan je Kautsar buat apa. Tiba-tiba senyap. Ibu tengok Kautsar dah tertidur. Sungguh, hati ibu sedih sangat.

Kautsar, kalau besar nanti Kautsar baca blog ibu ni, ibu nak Kautsar tau ibu sayang sangat kat Kautsar. Memang ibu garang, Cik Eli pernah tegur ibu sebab garang sangat dengan Kautsar. Tapi garang ibu tu nak sembunyikan rapuhnya hati ibu ni sebenarnya. Supaya Kautsar jadi anak yang baik dan tabah.

Entahlah Kautsar. Ibu memang pandai menulis. Tapi bila berkaitan dengan anak-anak ibu, ibu tak reti nak luahkan dengan kata-kata. Satu yang ibu doakan, ibu harap Kautsar adik-beradik faham apa yang ibu buat semuanya untuk kebaikan keluarga kita.

Selamat malam, sayang.
Cinta dan kasih sayang ibu abah sentiasa bercambah untuk sayang.

Cara Buka Akaun Semasa di Maybank.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni rehan buka akaun semasa kat Maybank. Terus terang, leceh betul prosesnya. Rasanya tak leceh sangat pun kalau staf Maybank kat area kami ni terangkan jelas-jelas. Tapi sebab tak jelas, maka dah berkali-kali turun naik tangga Maybank baru settle.

Ceritanya macam ni.

Kami nak buka akaun semasa di Maybank menggunakan nama trade Noraihan Qusyairi, iaitu syarikat perkongsian (partnership).

Mula-mula kami pergi ke Maybank cawangan jauh sikit. Pegawai bank bagitau untuk buka akaun semasa, perlu ada introducer. Kami minta borang introducer tu tak diberi pula. Katanya dah ada introducer baru ambil borang.

Kemudian kami ke cawangan Maybank dekat-dekat kawasan rumah. Dapat ambil borang introducer. Katanya sesiapa yang ada akaun semasa Maybank boleh jadi introducer. Kawan kami pun setuju, kami pun bawa la borang yang dah disain tu ke bank.

Sampai kat bank, introducer kami tak cukup syarat sebab akaun semasa beliau belum pun setahun. Ok. Rupanya kena ada akaun semasa lebih setahun baru boleh jadi introducer. Buat kali ke-4 kami ke Maybank dengan borang introducer yg baru, disain oleh introducer yang dah lebih setahun buka akaun semasa di Maybank.

Ok. Kali ni borang diterima. Urusan diteruskan. Kena sain macam-macam borang. Lebih kurang 30 minit juga baru siap semua urusan.

Ops. Tak selesai lagi. Haha. Kena balik rumah dulu. Tunggu pegawai bank telefon lebih kurang dalam masa seminggu untuk buka akaun. Seminggu ni untuk selesaikan dokumen je.

Minggu depannya kami ke bank lagi lepas pegawai bank telefon. Akaun dah sedia untuk dibuka. Jadi ke datang bawa duit RM2000 untuk buka akaun. Dah selesai duit masuk, akaun dah aktif. Dah boleh mula guna akaun tersebut.

Opsss tak siap lagi. Kena beratur kat kaunter lain pula untuk aktifkan internet banking. Internet banking yg diaktifkan tu cuma boleh tengok baki dan transaction history je. Tak boleh transfer ke, bayar bil ke. Semua tak boleh.

Nak aktifkan transfer atau bayar bil etc kena isi borang lain. Senaraikan no akaun yang nak disenaraikan sebagai Favourite, lepas tu bagi kat kaunter. Kaunter yang akan key in kan. Kita tak boleh buat sendiri.

Dah selesai?? Opsssss. Ada lagi. Hihih.

Buku cek belum dapat lagi. Tunggu lagi. Tunggu pegawai telefon untuk ambil buku cek bila dah siap. Kami tunggu lebih kurang dua minggu.

Ok. Baru selesai. Alhamdulillah.

Keseluruhannya makan masa hampir 1 bulan, enam (6) kali ke Maybank dari mula bertanya hingga selesai urusan.

Kawan-kawan yang perlukan introducer untuk bisnes, tunggu setahun lagi ye baru rehan boleh jadi introducer. Hahah.

Sekian. Tamat episod akaun semasa.

Ibu Bukan Malaikat: Episod Anak Jatuh Katil.

Assalamualaikum.

Cerita ni dah lama. Tapi haru hari ni rehan tergerak nak kongsi. Tentang anak jatuh katil.

Orang ingat bila anak dah ada 2, kita makin cekap uruskan anak. Tak semua orang macam tu. Lagi-lagi rehan ni yang semulajadi clumsy.

Waktu sebelum ada Arfa, kami agak bersungguh jaga Kautsar. Yelah. Anak pertama. Badan masih bertenaga. Masa pun masih banyak. Memang jaga baik la Kautsar tu, minum susu badan, tidur berpeluk takut jatuh katil. Makanan Kautsar pun rehan masak tiap-tiap pagi.

Kautsar pernah jatuh katil. Tapi katil rendah. Kat bawah pun ada karpet. Rehan tak risau sangat sebab lepas jatuh tu Kautsar sambung tidur balik.

Tapi kes Arfa berbeza.

Rehan mula berpantang sendiri lepas bersalin 2 minggu. Masa tu usia Arfa baru 14 hari. Memang tak lekang Arfa daripada pandangan rehan.

Waktu tu huru hara sebab zauj Qusyairi dah mula bekerja, Kautsar baru umur setahun enam bulan, Arfa baru 2 minggu. Kautsar sentiasa nak rehan hadap dia seorang, dia belum biasa ada adik. Rehan pula dalam keadaan berpantang, sendiri uruskan 2 orang anak. Masa tu rehan baru sebulan berhenti kerja, susah sangat nak adapt dengan kehidupan surirumah sebab rehan dah biasa berjadual.

Tiga hari lepas bawa Arfa balik berpantang di rumah sendiri, pertama kali rehan tinggalkan Arfa sendirian tidur dalam bilik. Rehan ke dapur sekejap je, nak ambil air. Sampai je dapur rehan dengan Arfa menangis sekuat-kuatnya.

Bayangkan rehan baru 17 hari bersalin normal, berlari dari dapur ke bilik. Sampai-sampai rehan nampak Arfa atas lantai, kat simen.

Takutnya rehan masa tu.

Rupanya Kautsar nampak ibu abah dukung adik, dia pun nak dukung adik jugak. Dia angkat Arfa nak didukung tapi terlepas.

Alhamdulillah Arfa tak apa-apa. Masih menangis, menyusu macam biasa. Tak ada muntah. Kesian kat Kautsar sebab terkejut dan takut.

Arfa ok. Alhamdulillah. Mungkin asbab rehan makan OsteMatrix tak pernah lupa. Arfa dan Kautsar dua-dua lahir dengan tulang yang kuat. Gagah anak-anak ibu.

Sekarang Arfa dah besar ada juga jatuh-jatuh katil. Tak ada yang cedera. Cuma menangis je la. Mencabar nak jaga Arfa sebab kaki tangan dan badan dia memang kuat. Setakat benteng dengan bantal tu, sejak umur 4 bulan Arfa boleh tolak bantal jatuh katil.

Setiap kali Arfa jatuh rehan akan sebut: Tak apa jatuh sikit, barulah Arfa kuat.

Memang kuat pun jadinya. Sekarang kalau jatuh masa memapah tu tak menangis dah. Terus sambung golek-golek cover malu adalah. Yang penting jangan ada orang menjerit ke terkejut tengok dia jatuh. Nanti mengadalah minta pujuk. Hihi.



Ibu-ibu yang pernah alami apa yang rehan alami, jangan salahkan diri sendiri. Ibu dah buat yang terbaik. Selagi ibu-ibu tak abaikan keselamatan dan kesihatan anak-anak, ianya bukan salah ibu. Anggaplah ia peringatan betapa anak-anak hanyalah sekadar pinjaman daripada Yang Maha Esa.

Jaga mereka sebaiknya.

Salam sayang,
Rehan, Qusyairi dan anak-anak.

DIY Busy Board Untuk Kautsar.

Assalamualaikum.

Sejak rehan duduk rumah je, rehan sentiasa cari benda baru untuk dibuat. Mak-mak yang surirumah memang kena ada hobi. Kalau tak bosan.

Baru-baru ni rehan tiba-tiba bersemangat nak buat busy board untuk Kautsar. Apa lagi. Rehan call kawan baik rehan. Tengahari waktu lunch kawan rehan pun cabut ambil rehan kat rumah bawak pergi kedai stationary depan taman ni je. Best kedai tu. Macam-macam ada.

So inilah yang rehan beli:



Satu plastik ni harganya RM40. Tapi untuk busy board tu lebih kurang RM10 je. Yang lagi RM30 tu kena pow sticker, buku lukisan, magic pen dengan Kautsar. Arfa pow loceng 6 biji. Huuu.

Ok. Rehan siapkan busy board ni dalam 3 jam je. Tu pun yang lama sebab tunggu gam kering.

Senang je buatnya. Ikut kreativiti masing-masing. Rehan buat yang simple je. Cukup untuk kenal warna dan nombor.

Mula-mula rehan ambil kertas gulung tisu tu. Rehan guna 2 roll je. Potong dua dah dapat 4 roll. Balut dengan kertas warna biru, merah, kuning dan oren. Rehan pilih warna ni sebab rehan beli straw warna-warni ada 4 warna ni.

Dah siap boleh lekatkan kat kadbod hitam tu. Lepas tu hiaslah ikut kreativiti masing-masing. Ini hasilnya:



Rehan cuma tampal sticker nombor dan kura-kura tu je. Ampaian tu Kautsar yang pow beli sepit-sepit buah tu. Alang-alang dah ada rehan buatkan ampaian sekali. Nawaitu rehan nak lukis buah-buah tu gantung kat ampaian. Tapi malas pulak. Lain kali lah. Hahaha.

Akan datang inshaAllah rehan buat busy board lain pulak. Sikit-sikit. Slow-slow.

Ibu-ibu buat projek apa untuk anak-anak?

Dilema Ibu Comel.

Assalamualaikum.

Mesti ramai dah perasan kan header baru blog ni. Saja rehan tukar header baru sebab dah dapat anak baru kan. Hahah. Rehan memang macam tu. Dulu lepas bersalin Kautsar baru rehan tukar header gambar pregnent. Ni arfa pun dah makan baru rehan nak up gambar mengandung arfa dulu. Tagline tu pulak rehan pilih sebab masa buat header tu punya la kelam kabut bergegas sementara anak-anak tak kacau, main bantai je apa-apa yang bunyi macam catchy. Hahahahah.

Nampak tak betapa comelnya rehan masa pregnent. Gitu la kekdahnya rehan kalau pregnent. Perut besar yang amat (dalam gambar ni perut pregnent 8 bulan rehan berjaya disorokkan oleh Kautsar dan camera trick), Masa pregnent Kautsar dulu tak secomel ni tau, muka pun tirus lagi masa tu. Tapi pregnent kali kedua ni memang serba serbi bulat. Hahaha.

Lepas bersalin lebih kurang masa hujung pantang tu rehan dah turun banyak kilo. Bahagian-bahagian yang bulat pun dah banyak yang kempis. Tapi dilemanya sebab suami rehan ni suka rehan bulat-bulat macam beliau jugak. Rajin la sangat beliau bagi rehan makan supaya sama-sama kami maju ke depan (perut sahaja).

Jadi apa yang dah jadi sekarang rehan pun dah mula membulat semula. Hahaharuuu. Pernah jugak rehan tegur suami, minta beliau jangan la asyik ajak rehan makan. Nanti rehan bulat. Kalau rehan bulat nanti rehan tak seronok. Pastu beliau balas dengan nada sayu mendayu-dayu, "Kalau tak ajak sayang makan, nanti abang nak makan dengan siapa?"

Logik jugak tu kan. Makan jela.
Bulat pun bulat la labu.
Suami happy, kita pun bahagia. Kan?

Hihi. Maka rehan fikir tak payah la nak kurus-kurus sangat. Ikutkan hati memang nak lawa macam model, tapi pilihan suami yang lagi utama. Biasakan buat suami gembira, kita pun akan gembira. Ewah.

Tapi jaga-jaga. Bulat yang terkawal tu ok. Jangan cecah obesiti pulak. Jadi macam mana nak dapatkan bulat yang terkawal tu? Rehan makan suplemen untuk kawal berat badan jangan sampai berlebihan. Alhamdulillah rehan makan Omega, Lecithin dan Alfalfa. Berat terkawal. Susu badan meriah.

So kalau siapa yang dalam situasi sama macam rehan ni, bawak-bawak la kawal berat badan suami isteri dengan suplemen yang selamat dan suci yang tak memudaratkan kesihatan. Ingat tau, suplemen ni bukan ubat kurus. Tapi makanan tambahan. Sebut ramai-ramai: MAKANAN TAMBAHAN.

Pandai.

Kalau nak tau lebih macam mana rehan kawal selera dan berat badan, jemput wasap rehan terus ye. Senang nak cerita sambil beramas mesra. Ops. Beramah mesra ok. Beramah mesra.

Ok jumpa dalam next entri inshaAllah.

Salam sayang,
Qusyairi, rehan dan anak-anak syurga.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...