"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Showing posts with label berat badan sihat. Show all posts
Showing posts with label berat badan sihat. Show all posts

Dilema Ibu Comel.

Assalamualaikum.

Mesti ramai dah perasan kan header baru blog ni. Saja rehan tukar header baru sebab dah dapat anak baru kan. Hahah. Rehan memang macam tu. Dulu lepas bersalin Kautsar baru rehan tukar header gambar pregnent. Ni arfa pun dah makan baru rehan nak up gambar mengandung arfa dulu. Tagline tu pulak rehan pilih sebab masa buat header tu punya la kelam kabut bergegas sementara anak-anak tak kacau, main bantai je apa-apa yang bunyi macam catchy. Hahahahah.

Nampak tak betapa comelnya rehan masa pregnent. Gitu la kekdahnya rehan kalau pregnent. Perut besar yang amat (dalam gambar ni perut pregnent 8 bulan rehan berjaya disorokkan oleh Kautsar dan camera trick), Masa pregnent Kautsar dulu tak secomel ni tau, muka pun tirus lagi masa tu. Tapi pregnent kali kedua ni memang serba serbi bulat. Hahaha.

Lepas bersalin lebih kurang masa hujung pantang tu rehan dah turun banyak kilo. Bahagian-bahagian yang bulat pun dah banyak yang kempis. Tapi dilemanya sebab suami rehan ni suka rehan bulat-bulat macam beliau jugak. Rajin la sangat beliau bagi rehan makan supaya sama-sama kami maju ke depan (perut sahaja).

Jadi apa yang dah jadi sekarang rehan pun dah mula membulat semula. Hahaharuuu. Pernah jugak rehan tegur suami, minta beliau jangan la asyik ajak rehan makan. Nanti rehan bulat. Kalau rehan bulat nanti rehan tak seronok. Pastu beliau balas dengan nada sayu mendayu-dayu, "Kalau tak ajak sayang makan, nanti abang nak makan dengan siapa?"

Logik jugak tu kan. Makan jela.
Bulat pun bulat la labu.
Suami happy, kita pun bahagia. Kan?

Hihi. Maka rehan fikir tak payah la nak kurus-kurus sangat. Ikutkan hati memang nak lawa macam model, tapi pilihan suami yang lagi utama. Biasakan buat suami gembira, kita pun akan gembira. Ewah.

Tapi jaga-jaga. Bulat yang terkawal tu ok. Jangan cecah obesiti pulak. Jadi macam mana nak dapatkan bulat yang terkawal tu? Rehan makan suplemen untuk kawal berat badan jangan sampai berlebihan. Alhamdulillah rehan makan Omega, Lecithin dan Alfalfa. Berat terkawal. Susu badan meriah.

So kalau siapa yang dalam situasi sama macam rehan ni, bawak-bawak la kawal berat badan suami isteri dengan suplemen yang selamat dan suci yang tak memudaratkan kesihatan. Ingat tau, suplemen ni bukan ubat kurus. Tapi makanan tambahan. Sebut ramai-ramai: MAKANAN TAMBAHAN.

Pandai.

Kalau nak tau lebih macam mana rehan kawal selera dan berat badan, jemput wasap rehan terus ye. Senang nak cerita sambil beramas mesra. Ops. Beramah mesra ok. Beramah mesra.

Ok jumpa dalam next entri inshaAllah.

Salam sayang,
Qusyairi, rehan dan anak-anak syurga.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Penting: Minum Air Masak 3 Liter Sehari!

Assalamualaikum.

Peringatan mesra untuk semua pembaca rehan. Gaya hidup zaman sekarang ni, susah nak jangka. Makin ramai yang berkesedaran untuk jaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Tapi dalam masa sama, ramai yang semakin sibuk dengan urusan sampai tertinggal perkara-perkara penting yang crucial untuk kesihatan.

Salah satu yang rehan perhatikan, ramai sangat yang tak amalkan minum air masak secukupnya (termasuklah ehem ehem.....).

Cuba baca sikit fakta yang rehan nak share ni, betapa pentingnya minum air masak yang mencukupi dalam sehari.

KEPENTINGAN AIR MASAK / AIR KOSONG UNTUK KESIHATAN TUBUH

  1. Melarutkan vitamin, mineral dan zat yang berguna dalam proses pencernaan.
  2. Bagi anda yang mengamalkan hidup kurang aktif, air masak membantu mengurangkan risiko arthritis dan kebas tubuh.
  3. Air masak bertindak membawa toksin dari dalam tubuh ke buah pinggang / ginjal untuk disingkirkan.
  4. Membantu mengurangkan stress dan rasa cemas.
  5. Mempercepatkan proses penggantian sel kulit mati, sekaligus mencantikkan kulit dan mengurangkan kesan penuaan.
  6. Memberi tenaga kepada otak untuk menjalankan fungsinya seperti berfikir, menerima respon dan menghantar tindakbalas.
  7. Membantu mencairkan darah dan mengelakkan gumpalan darah.
  8. Meningkatkan prestasi seksual bagi yang mengalami impotensi akibat dehidrasi.
  9. Mengurangkan morning sickness / loya bagi ibu hamil.
  10. Membezakan rasa haus dan lapar sekaligus mengawal selera dan menurunkan berat badan.
  11. Mengelakkan sembelit.

Akak manis ni tak ambil apa-apa produk pun. Cuma dia minum air masak 2 liter sehari selama sebulan.

Jadi berapa banyak air masak yang perlu kita minum setiap hari?

Biasa kita dengar dalam iklan minum 8 gelas air masak sehari, bersamaan 2 liter. Lebih tepat lagi, minum 1 liter air bagi setiap 25 kilogram berat badan anda. Contohnya berat badan 75 kilogram, maka kenalah minum 3 liter air masak sehari.

Sebaiknya untuk semua orang minumlah 3 liter air masak sehari (walaupun berat badan kurang daripada 75 kilogram). Kenapa? Sebab dalam seharian mesti kita ada minum kafein, minuman bergula, makan ubat/suplemen dan sebagainya. Semua makanan ni memerlukan kerja keras tubuh kita untk dicerna. Selain tu, kesannya besar kalau tak singkirkan makanan begini dari tubuh. Untuk bantu singkirkan lemak, gula, minyak, kolestrol, dan membantu tubuh menyerap zat dari makanan dan suplemen, kenalah lebihkan minum air masak.

Asyik lupa minum air masak? Tak mampu nak minum 3 liter sehari?

InshaAllah entri akan datang rehan akan share tips untuk minum air masak secukupnya.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Mati Akibat Pil Diet Internet.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni tersebar di internet kisah seorang gadis 21 tahun yang mati akibat makan pil diet yang dibeli melalui internet. Rehan baca pun rasa seriau. Seram sangat bila tau fakta disebalik kematian gadis tersebut. Kematian ni berlaku kat luar negara.

Eloise Aimee Parry. Tak gemuk pun dia.
Eloise Aimee Parry (sedapnya nama) pelajar Glyndwr University mati 12 April lepas. Kisahnya macam ni. Eloise ni beli pil diet dari internet. Salah satu kandungan pil tu ialah dinitrophenol (DNP). DNP ni bahan kimia industri, biasanya digunakan untuk cuci filem fotografi atau untuk buat bahan letupan. Tudia. Bahan letupan makan buat pil diet, mau tak mati.

DNP ni selalu digunakan sebagai pil diet oleh pengeluar yang tak bertanggungjawab sebab DNP bertindak meningkatkan metabolisme badan. Bila metabolisme meningkat, makanan yang kita makan akan segera ditukarkan kepada tenaga. Kita akan rasa panas, berpeluh-peluh, berdebar. Kalau metabolisme terlalu tinggi kita akan kepanasan dari dalam. Lama-lama boleh "meletup" dari dalam macam yang terjadi kat Eloise ni.

Gambar hiasan. Pil maut mengandungi DNP sebagai bahan utama.
Eloise ni pun satu. Kat botol tu tulis makan sekian-sekian dos. Rasanya 1 biji je kot, sebab kalau makan 2 biji pil DNP tu dah boleh bawa maut. Tapi biasalah kita, kalau makan sebiji rasa ok, apa salahnya makan 2-3 biji extra kan. Masalahnya pil DNP tu kalau makan 2 biji pun dah boleh membunuh, Eloise ni makan 8 biji.

8 biji tu!

Lepas makan tengahari tu Eloise ni rasa tak sihat, dia bawa kereta pergi hospital. Kat hospital tak gelabah pun, sebab ingatkan sakit biasa. Doktor buat ujian toksikologi baru tau punca penyakit Eloise ni. Puncanya metabolisme Eloise ni dah meningkat keterlaluan tahan nak meletup dah badannya. Lepas 3 jam sampai hospital, Eloise yang tadinya sihat terus meninggal dunia.

Menurut doktor, metabolisme Eloise meningkat keterlaluan sehingga akhirnya Eloise mati akibat "meletup dari dalam". Tak ada antidot untuk keracunan DNP, jadi doktor tak boleh buat apa-apa bila bahan kimia tu dah masuk dalam sistem badan.

Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ni, tolonglah, TOLONGLAH jangan beli produk diet yang tak sahih selamat untuk kesihatan. Nak kurus boleh, tapi pilihlah produk yang dijamin selamat dan berkesan. Bagi yang beragama Islam, pilihlah produk yang halal. Sebelum beli, kaji dulu kandungan pil yang anda nak beli, kaji latar belakang syarikat. Kalau macam Shaklee ni dah 100 tahun beroperasi menghasilkan produk suplemen kesihatan, memang boleh dipercayai. Tapi kalau setakat ada nama syarikat je, maklumat lain tak ada tak payah la percaya.

Dan tolonglah, TOLONGLAH makan pil/ubat/suplemen mengikut dos yang dibenarkan. Jangan pandai-pandai tambah dos. Jangan makan lebih daripada yang dicadangkan. Makan pil/ubat/suplemen ada waktu-waktu yang sesuai, tolong patuh waktu makan tersebut untuk kesan yang optimum.

Semoga kita dan orang-orang di sekeliling kita dijauhkan daripada bencana macam ni.

Iklan sikit. Shaklee ada produk yang boleh bantu tingkatkan metabolisme secara selamat dan terkawal. Namanya Cinch Tea Mix. Rehan dah lama minum teamix ni. Lepas minum akan rasa badan bertenaga, panas sikit tapi rehan tak berpeluh sangat. Ada orang yang akan berpeluh. Selain tu, kesan paling ketara rasa tak boleh duduk diam sebab tenaga terhasil dengan banyak, jadi kena cari jalan nak gunakan tenaga tu.

BELI SET KURUS SHAKLEE, DIJAMIN SELAMAT DAN BERKESAN

Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Ibubapa: Penyusuan Susu Ibu Elakkan Bayi Obesiti.

Assalamualaikum.


[Petikan dari akhbar Berita Harian]

TERLALU CEPAT BERHENTI MENYUSU BADAN ANTARA PUNCANYA

APAPUN alasan diberikan si ibu, untuk berkata TIDAK kepada penyusuan badan, anda mungkin berasa sesal dengan 'kesilapan' dilakukan.

Ini kerana tempoh penyusuan terlalu pendek, sekali gus digantikan dengan pemberian susu formula, membuka ruang risiko obesiti lebih luas kepada si kecil, semakin dia meningkat usia.
Pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang, tetapi bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat mengakibatkan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular. - Atul Singhal, Pakar Runding Paediatrik Hospital, Whittington, London
Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman, Prof Dr Berthold V Koletzko dalam kajian diketuai beliau, bertajuk ‘Program Pemakanan Awal’ yang dijalankan di lima negara Eropah pada 2009, mendapati seramai 1,128 bayi yang diberikan susu formula cenderung mengalami berat badan berlebihan atau obes apabila meningkat dewasa.

Bayi yang diberi susu formula lebih terdedah mengalami kenaikan berat badan, berbanding bayi yang menyusu ibu. Ini kerana kandungan protein dalam susu formula adalah tinggi iaitu kira-kira 55 hingga 80 peratus berbanding kandungan protein dalam susu ibu. Disebabkan itulah bayi diberikan susu formula lebih tembam dan montel, berbanding yang diberikan susu badan.

Saiz juga bukan ukuran bayi sihat. Kajian Dr Berthold turut mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam hingga dua tahun, lebih sihat walaupun berat badan bertambahnya lebih perlahan berbanding bayi yang diberikan susu formula.

“Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda. Manakala tubuh yang besar dengan berat badan berlebihan membuka risiko obesiti, iaitu ‘ibu’ kepada segala jenis penyakit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Bengkel Pemakanan Awal anjuran Wyeth di Singapura, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Berthold berkata, kanak-kanak obes bukan sekadar satu masalah setempat sebaliknya berlaku dan semakin meningkat bilangan mereka di seluruh dunia. Di Malaysia obesiti kanak-kanak pada 2002 ialah sebanyak 20.7 peratus manakala pada 2008 peratusannya meningkat kepada 26.4 peratus.

Sungguhpun sesetengah ibu bapa, mungkin teruja dengan bayi montel, ia sebenarnya tidak baik untuk kesejahteraan jangka panjang bayi.

Adat kajian antara kenaikan berat badan lebih tinggi dalam kalangan bayi dan obesiti serta peningkatan serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser bagi golongan dewasa hari ini.

Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) dan Akademi Pediatrik Amerika (AAP).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan EPA pada April 2011, mendapati, bayi yang diberikan susu formula terlalu awal, mungkin mengakibatkan obesiti pada usia awal persekolahan.

“Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel,” katanya yang menegaskan semua orang perlu tahu, bahawa montel tidak bererti sihat.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menegaskan yang penyusuan susu ibu disarankan sehingga enam bulan. Selepas itu, bayi perlu menerima makanan pelengkap dengan berterusan penyusuan susu ibu sehingga ke usia dua tahun.


ZAT TAK SEIMBANG JEJASKAN TUBUH, MINDA SI KECIL

BAYI memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka, berbanding kanak-kanak lebih besar. Lemak penting untuk pembentukan sel otak dan mata sihat.

Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun dan pemakanan pada beberapa tahun pertama (sejak janin membesar hingga anak berusia lima tahun) adalah penting untuk membekalkan nutrien yang perlu untuk perkembangan otak yang sihat.

Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington, London, Prof Atul Singhal berkata, sungguhpun pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang, tetapi bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat mengakibatkan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI), kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga mereka daripada lemak, berbanding 15 hingga 30 peratus kanak-kanak dalam kumpulan usia lebih tua.

“Adalah diakui bahawa lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting untuk perkembangan kognitif dan visual. Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul. Dalam susu ibu, nisbah AA:DHA adalah kira-kira 1:733,” katanya yang turut hadir pada bengkel berkenaan.

Menyedari kepentingan DHA, pengeluar susu formula menambah lemak penting ini ke dalam produk mereka. Bagaimanapun ada kemungkinan bahawa susu formula diperkuat dengan terlalu banyak DHA. Kenaikan tahap DHA semata-mata tidak memberi sebarang kesan, seperti diakui oleh satu laporan yang dikeluarkan pada 2010 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan WHO, yang menegaskan :

“Tidak cukup bukti untuk mengaitkan tambahan pengambilan DHA dan/atau EPA dengan peningkatan perkembangan fizikal dan mental atau manfaat tertentu dalam kalangan kanak-kanak berusia 2 hingga 18 tahun,”.

Sebaliknya pengambilan DHA secara berlebihan boleh membawa kepada penurunan tahap AA dalam plasma dan sel darah merah yang memberi kesan negatif kepada bayi yang membesar.

“WHO mengesyorkan agar asid lemak poli tidak tepu (seperti DHA dan AA) membentuk 11 peratus dan tidak lebih, daripada pengambilan jumlah tenaga bayi,” kata Prof Atul.

Sementara itu, Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam berkata, bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat zat seimbang boleh mempengaruhi perkembangan tubuh badan serta mindanya.

“Ibu bapa perlu mengetahui bahawa pemakanan mempunyai manfaat tertentu kepada tubuh badan.

“Bukan semua zat boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya asid lemak perlu yang penting untuk pertumbuhan minda serta mata, contohnya, boleh diperoleh menerusi makanan laut dan kekacang. Piramid makanan harus dijadikan panduan pengambilan makanan secara sihat,” katanya.


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU IBU MENYUSUKAN ANAK

Set vitamin yang dicadangkan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak antaranya termasuklah ESP, Vitalea, B-Complex, Vita C SR, Alfalfa dan Ostematrix. Set ini membantu ibu kekal sihat dan bertenaga sepanjang tempoh 2 tahun penyusuan susu ibu. Selain itu kandungan nutrisinya lengkap untuk keperluan ibu dan anak.

Bagi ibu bekerjaya, cadangan vitamin ini membantu ibu mengekalkan konsistensi susu perahan supaya mencukupi untuk keperluan anak. Alfalfa dan Ostematrix bertindak sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu badan.

Harus difahamkan, kesan terhadap setiap individu adalah berbeza. Walaupun dengan bantuan suplemen, ibu tetap perlu memenuhi konsep Demand vs Supply dengan mengerapkan pam susu, selain berdoa memohon kepada Allah swt supaya diizinkan menyusukan anak sehingga lengkap 2 tahun.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Berapa Biji Telur Boleh Dimakan Sehari?

Assalamualaikum.



Kita semua tahu bahawa telor mempunyai banyak kolesterol, dan kolesterol adalah antara penyumbang kepada sakit jantung. Namun telor juga adalah sumber protein yang baik, dalam masa yang sama ia juga sedap. Jadi berapa biji seminggu boleh kita makan?

Sekarang pakar pemakanan dah kurang strict dengan telor. Dulu mereka beritahu seseorang yang menpunyai masalah sakit jantung jangan makan lebih daripada dua biji seminggu. Sekarang mereka kata empat biji pun boleh.

Menurut Julia Zumpano, pakar pemakanan di Klinik Cleveland, Amerika, bagi seseorang yang tidak mempunyai masalah kolesterol tinggi, kencing manis atau masalah jantung yang lain, dia boleh makan sehingga enam biji seminggu.

Sebiji telor bersaiz besar mengandungi kira-kira 186mg kolesterol. Itu dah hampir mencapai tahap harian maksima bagi pesakit jantung. Justeru pada hari anda makan telor, kurangkan pengambilan makanan lain yang mengandungi kolesterol seperti daging, mentega dan keju. Cara memasak juga penting.

Zumpano mengesyorkan cara masakan kering atau tanpa minyak – telor rebus mata kerbau (poached egg), rebus atau goreng tanpa minyak (guna non-stick atau semburan masakan). Perlu ingat bahawa kolesterol berada dalam kuning telor justeru boleh makan putih telor semahunya.

[Sumber]

Bagaimana nak kawal kolestrol dan tekanan darah tinggi dengan Shaklee? Boleh cuba OmegaGuard dan Phytocol-ST.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Petua & Cara Tingkatkan Metabolisme Badan

Assalamualaikum.

Meningkatkan kadar metabolisme badan juga merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi mereka yang mahu kurus. Apa itu metabolisme ? Menurut Kevin Zahari, metabolisme ini ialah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Jadi, pada asasnya, mereka yang rendah kadar metabolismenya akan kurang membakar kalori dalam badan mereka. Manakala bagi mereka yang tinggi kadar metabolismenya, badan mereka akan membakar lebih banyak kalori. Pembakaran kalori yang banyak akan membantu menguruskan badan.

Menurut Dr. Oz pula, metabolisme ialah proses badan menguraikan makanan untuk menghasilkan tenaga. Semasa kita muda, otot badan akan menyimpan tenaga dan mengelakkan kenaikan berat badan. Namun, dengan meningkatnya usia kita. Kita akan kehilangan otot-otot ini dan tenaga ini akan disimpan sebagai lemak dalam badan. Pada usia 40 tahun, kadar metabolisme badan kita akan merosot sekitar 5 % setiap dekad dan menyebabkan proses menurunkan berat badan semakin sukar.

Cara-cara untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan:
Sebelum melakukan aktiviti ini, kita perlu tahu kadar metabolisme badan kita berdasarkan umur, berat badan, dan tinggi kita. Data ini berguna untuk kita gunakan semasa proses meningkatkan kadar metabolisme badan dan menurunkan berat badan. Kadar metabolisme ini boleh dikira menggunakan Metabolism Calculator.


1. Jangan Biarkan Diri Kelaparan.
Diet yang agresif yang mengurangkan sebahagian besar kalori dalam diet kita sebenarnya merupakan cara yang salah. Diet seperti ini akan mengejutkan badan dan menyebabkan kelaparan. Diet seperti ini juga menyebabkan kadar metabolisme badan semakin rendah. Cara yang terbaik ialah dengan mengurangkan 100 kalori setiap hari daripada diet biasa kita.


2. Tambahkan Protein dalam Diet Makanan
Protein dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan. Ini kerana, badan kita membakar kalori dua kali ganda semasa menghadamkan protein berbanding karbohidrat. Ikan merupakan salah satu sumber protein yang baik. Ikan seperti ikan Salmon contohnya mempunyai asid lemak Omega-3 yang meningkatkan jumlah enzim pembakar lemak dalam badan.


3. Makan setiap 3 Jam
Semakin kerap kita makan, semakin tinggi kadar metabolisme badan. Ini fakta yang agak menarik mengenai metabolisme. Jadi dalam sehari kita perlu makan 3 kali sehari (makan berat) dan 2 kali snek sihat.

Cadangan jadual makan harian
Kajian mendapati, mereka yang mengambil snek (250 kalori) tiga kali sehari makan lebih sedikit ketika makan utama dan mempunyai kadar metabolisme yang tinggi.


4. Minum Kopi, Teh Hijau atau Air Kosong
Kopi dan Teh Hijau ini mengandungi kafein. Kafein ialah bahan semualajadi yang meningkatkan kadar metabolisme badan. Minum kopi dan teh yang berais meningkatkan lagi kadar metabolisme ini. Hal ini kerana minuman berais akan menyebabkan badan berusaha untuk memanaskan badan yang akan membakar lebih banyak tenaga.


5. Makan makanan pedas
Cili mempunyai bahan kimia yang dipanggil capsinoids. Kajian mendapati capsinoid ini meningkatkan penggunaan tenaga iaitu 50 kalori sehari.


6. Tidur Cukup
Kajian mendapati, tidur yang kurang menyebabkan kadar metabolisme badan menurun, meningkatkan selera makan dan meningkatkan risiko obesiti dan kenaikan berat badan. Cuba dapatkan tidur yang cukup sekitar 7 hingga 8 jam sehari.


7. Senaman
Senaman ialah cara terbaik dan paling efektif untuk meningkatkan kadar metabolisme badan.

Sumber & Sumber


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: 10 Makanan Pembakar Lemak

Assalamualaikum.

Berikut adalah 10 Makanan Yang Membakar Lemak seperti yang dikongsikan oleh Dr. Giena Hadi.

Gambar hiasan ihsan Google
Oat
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol.

Telur
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik.

Epal
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

Cili Hijau
Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

Bawang Putih
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .

Madu
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .

Teh Hijau
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita. Minum 2 cawan teh hijau setiap hari untuk hasil yang lebih baik.

Rumput Gandum (Wheat Grass)
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.

Tomato
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi amalkan tomato dalam diet anda secara berkala.

Coklat Gelap
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti-radang yang membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.

Selamat berdiet sihat :)

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Petua Kuruskan Badan Menurut Dr. Hamid Arshat.

Assalamualaikum.

Saya suka sangat baca perkongsian-perkongsian oleh Dr. Hamid Arshat. Boleh kata beliau adalah pakar perubatan kegemaran saya. Post beliau di facebook agak kebapaan, sesuai dengan jiwa saya yang sejak kecil lebih rapat dengan ayah berbanding ibu. Lagi, beliau sangat profesional dan neutral dalam pandangan yang diberikan. Tak ada post berunsur emosi melebih-lebih. Setiap post bercerita buruk dan baik sesuatu dalam segenap perspektif.

Yang paling saya suka, beliau selalu berkongsi petua dan tips kesihatan secara semulajadi.

Berikut saya salin semula tips dan petua untuk kuruskan badan secara semulajadi, seperti yang beliau kongsi. Artikel asal boleh baca di sini.



Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemuk/obesiti memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika berat mereka turun sedikit, berat akan naik baik ke tahap asal atau melebihinya. Saya beri ubat adipex yang berkesan mengawal selera yang dimakan pada waktu sarapan pagi, perlu diingat ubat-ubat saperti adipex hanya boleh diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Di samping itu saya nasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat seperti nasi, roti, mee, kuih-muih, donat, biskut dan makanan ringan. Saya juga tekankan tentang senaman, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.
Cuba amalkan panduan-panduan ini.
  1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
  2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menyebabkan lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
  3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan.
  4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan cendawan. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air pati ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
  5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat, oat, barley dan nasi perang.
  6. Jauhkan makanan segera, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
  7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
  8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
  9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
  10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.
  11. Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap-senyap mereka ulang makan.
  12. Gunakan pinggan kecil (10 inci) menggantikan pinggan besar (12 inci) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.
  13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus separuh hidangan sebelum mula makan.
  14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
  15. Berjalan 30 minit sejauh 2-3 km, atau cabut rumput rumpai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

Banyak perkara yang beliau kongsikan di atas sebenarnya perkara kecil yang selalu kita ambil ringan. Sebenarnya, kita sendiri yang terbiasa dengan tabiat makan berlebihan sedangkan tubuh tidak kelaparan. Ayuh kita sama-sama usaha untuk mengubah cara hidup. Bukan untuk cantik saja, tapi untuk pastikan kesihatan tak terjejas akibat cara hidup yang sambil lewa.

Sekian. Semoga memberi manfaat kepada anda yang membaca :)

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...