"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kasih Sayang Keluarga.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni kami selesai closing bisnes Shaklee kami bagi bulan sulung Januari 2015 seawal petang. Jadi malam-malam ni tak banyak kerja nak buat, saya dengan rendah diri tergerak nak berkongsi pandangan dan buah fikiran tentang keluarga.

Saya berasal dari keluarga sederhana besar. Sederhana besar je, walaupun ada 6 orang adik beradik (jumlah asalnya boleh jadi 7 orang, boleh dikira 8 orang juga sebenarnya). Alhamdulillah kesemua kami dah berumah tangga, jadi 12 orang anak menantu ayah kami kesemuanya. Mak kami dah hampir 6 tahun meninggalkan kami. Innalillahiwainnailaihirajiun.

Kami bukan keluarga yang terbiasa menzahirkan kasih sayang. Kami tak berpeluk cium selalu. Kali terakhir saya peluk cium kakak kesayangan saya kalau tak silap setahun lebih yang lepas, sebelum beliau berlepas ke negara asing melanjutkan pelajaran. Peluk cium kedua terakhir sebelum itu kira-kira 4-5 tahun lepas ketika beliau berlepas melanjutkan pelajaran ke negara asing juga. Lama kan?

Tapi percayalah, keluarga kami pernah melalui dugaan dan cabaran yang lebih besar daripada kebanyakan keluarga biasa lain. Dan kami tahu apa yang mampu kami hadapi. Bagaimana kami tangani dugaan can cabaran tersebut, cuma kami yang tahu dan faham.

Dan percayalah, tak semua orang mampu tangani apa yang kami pernah tangani.

Adakah dugaan besar buat keluarga kami menjadikan kami semakin kuat dan teguh sebagai keluarga?

Jawabnya ya dan tidak. Ada antara kami yang semakin teguh, semakin kuat dan gagah. Ada yang semakin lemah dan hilang pegangan. Ini perkara biasa, sesiapa pun yang menghadapi dugaan sebenarnya berada di simpang antara kekuatan dan kelemahan. Kita mungkin tak mampu memilih untuk sentiasa menjadi kuat, lebih-lebih lagi bila kita memilih untuk berseorangan.

Tapi pandangan saya, kita tak pernah keseorangan. Keluarga sentiasa ada. Allah sentiasa ada. Kenapa mau berseorangan, menyisihkan diri?

Sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab, kita perlu mendahulukan keperluan melebihi kemahuan. Inilah bukti kematangan. Sebelum berbuat sesuatu, kita harus sentiasa fikir dan memikirkan bahawa keputusan dan tindakan kita bukan milik kita seorang; sebaliknya ada hak ramai orang dalam tindakan dan keputusan kita.

Ada hak ibubapa. Hak saudara. Hak anak. Hak keluarga yang dipilih Allah sebagai sebahagian dari diri kita dunia dan akhirat. Dunia ini bukan untuk kita lalui berseorangan, tanpa perlu kisah atau ambil berat tentang orang lain. Sekecil perkara yang kita lakukan mungkin menimbulkan resah dan kecewa kepada keluarga yang menyokong kita selama ini.

Kalaulah mudah kita beli semuanya dengan wang. Tapi kasih sayang keluarga bukan tandingan dengan wang, harta dan segala yang ada di dunia.

Sebaliknya harga bagi kasih sayang keluarga adalah rasa hormat dan kepercayaan yang tak berbelah bagi. Sekali tercalar rasa hormat dan kepercayaan itu, mampukah kita tebus kembali?

Memilih sesuatu atau seseorang melebihi keluarga sendiri umpama menggadai satu-satunya emas yang kita punya, demi mencari perak yang lebih berharga. Hakikatnya tak terbanding nilainya.

Dah. Tak henti menulis karang jadinya. Salam peluk cium untuk sahabat yang meluangkan masa membaca post tak seberapa hari ini. Salam sayang. Semoga Allah swt redha dengan pekerjaan kita.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kautsar 1 Tahun 6 Bulan.

Assalamualaikum.

Agak lama tak post entri di sini ye. Alhamdulillah, saya sibuk dengan pelbagai urusan dan pelbagai keutamaan. Alhamdulillah dalam kesibukan yan Allah izinkan tu, makin ramai yang percaya saya sebagai SID pilihan mereka. Walaupun terpaksa kurangkan aktiviti bisnes, tapi makin banyak order yang masuk.

Buat rakan-rakan yang sama-sama berniaga seperti saya, yakinlah rezeki itu jaminan Allah swt.

Nak cerita sikit tentang Kautsar je hari ni. Tengah bulan hari tu Kautsar dah selamat cucuk vaksin 1 tahun 6 bulan. Sekejap anak ibu abah dah besar. Dah setahun setengah umurnya.

Masa nurse siap-siapkan vaksin nak cucuk, Kautsar perhati je. Bila ibu pegang kaki Kautsar kuat-kuat, pun Kautsar tak melawan. Bila nurse cucuk je, Kautsar cakap, "Cakit".

Hahaha. Gelak puan nurse tu dengar.

Tapi Kautsar tak menangis langsung. Lepas cucuk, Kautsar terus berdiri dan salam nurse. Lepas tu Kautsar nampak getah gelang, Kautsar minta getah gelang kat nurse tu. Layan jela. Hihi.

Dalam kereta tu Kautsar meragam sikit, mungkin baru rasa sakitnya. Tapi tak sempat sampai rumah Kautsar dah ok macam biasa. Sampai rumah kami terus bagi ubat demam, siap sedia mana tau Kautsar akan demam. Tapi tak demam pun. Terus aktif macam biasa.

Kuat anak ibu abah ni ye. Hihi.

Lepas ni dah tak ada cucuk lagi. Nurse-nurse kat klinik semua kenal Kautsar walaupun jarang jumpa. Mungkin sebab ibu rajin mulut bercerita pasal Kautsar kan. Walaupun perangai Kautsar masih macam baby, tapi saiz Kautsar tinggi. Sama tinggi dengan anak-anak kawan ibu yang usia 2-3 tahun.

Pada usia sekarang Kautsar dah pandai letak cawan atas meja lepas minum. Lepas minum habis Vitagen, Kautsar terus buang dalam bakul sampah. Makin hari makin banyak perkataan yang Kautsar sebut. Kami bual dengan Kautsar macam biasa, tak pernah betul-betul ajar Kautsar baca, sebut atau kira. Tapi Alhamdulillah perkembangan Kautsar kalau tak lebih baik pun, sekurangnya setanding kanak-kanak seusianya.

Dan yang paling tak tahan, Kautsar nak berkepit dengan ibu je. Langsung taknak jauh (kecuali ikut abah pergi kedai). Sabar jela anak. Ibu tak kurus-kurus pun layan Kautsar. Tak cukup manja lagi ni.

Hihi.

Kautsar dengan Cik Eli dan Abang Luqman. Gambar dua hari lepas :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Selamat tinggal 2014.

Assalamualaikum.

Lama saya tak post di sini. Bagi ruang untuk habiskan masa bersama keluarga dan anak sempena cuti sekolah (macam la anak dah sekolah hehe).

Alhamdulillah tahun 2014 bakal melabuhkan tirai hari ini. Banyak perjalanan suka duka sepanjang tahun ini. Tapi saya tak nak kongsi cerita 2014 saya. Bukan kedekut, tapi saya ni jenis tak simpan dalam hati. Yang lepas tu seronok ke sedih ke marah ke, lepas la. Saya jenis cepat melupakan. Hihi.

InshaAllah esok tahun baru 2015.

Tahun 2015 ini cabaran baru buat kami suami isteri. Macam-macam pembaharuan akan berlaku. Macam-macam kelainan dalam keluarga kami. Rutin akan berubah hampir 100%. Tanggungjawab bertambah dengan anak semakin membesar, tanggungan pun semakin banyak. Dah takde-takde lain, sejak seminggu dua ni kucing jalanan kat depan rumah dah rajin lepak rumah kami pulak. Jadi inshaAllah kos jagaan beliau akan dimasukkan dalam belanjawan 2015. Alhamdulillah.

Saya percaya rezeki jaminan daripada Allah swt kepada hamba-Nya yang berusaha dan yang redha dengan ketentuan-Nya. Hamba yang berserah kepada-Nya. Jadi selagi mana saya yakin dan tawakkal kepada Allah swt, tentulah Allah swt akan jaga saya dan keluarga kami. InshaAllah.

Tahun 2015 akan menjadi tahun yang gemilang buat kami sekeluarga. Bukan dalam bisnes saja, tapi dalam kekeluargaan, kebahagiaan dan kehidupan menyeluruh. Amin.

Buat semua pembaca, pelanggan dan kawan-kawan yang sama-sama berada di blog humble kami ini, terima kasih untuk sokongan anda. Yang offline juga, terima kasih selalu bersama kami.

Nantikan berita gembira sempena 2015. Yakin. Tahun 2015 adalah tahun cemerlang yang bakal merubah segalanya tentang kami :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kautsar Kamaliah: 1 Tahun 5 Bulan.

Assalamualaikum.

Khalifah kecil kami dah cecah 1 tahunn 5 bulan. Kejap tak kejap. Rasa tak puas gomol budak kecil yang makin besar dan berat tu.

Daripada bayi tough yang kuat sengih tak ada gigi, sekarang bercakap tak berhenti. Walaupun tak faham butir, ibu layankan juga macam berbual dengan orang dewasa.

Sekejap anak ibu dah besar.

Kautsar lahir petang Sabtu yang cerah, dengan berat 3.55 kg. Semangat sangat, tulang-tulangnya keras, senang ibu nak belajar dukung dan uruskan bayi baru lahir. Ibu suka bayi sihat. Memang ibu target berat anak ibu 3.3 kg sekurangnya. Kalau tak sampai 3 kg, ibu rasa tak cukup sihat je anak ibu. Hehe.

Sepanjang menyusu badan sepenuhnya dari lahir hingga usia 6 bulan, Kautsar jarang sakit. Cuma pernah kena ruam teruk di muka dan telinga. Doktor pakar kanak-kanak yang merawat Kautsar bagi ubat yang mengandungi mild steroid. Sapu sekali dua terus baik. Pada ibu, tak salah sapu ubat dengan steroid asalkan tak berlebihan. Yelah, kalau kita sebagai ibu bapa dah buat yang terbaik, dah cerap keringkan muka anak, bilas dengan air bersih tapi ruam masih tak hilang, takkan nak biar anak terus dengan ruam, kan?

Sejak umur 6 bulan hingga 1 tahun, ibu bagi Kautsar makan masakan ibu. Setiap hari ibu tak pernah gagal bangun pagi untuk masakkan makanan Kautsar. Walaupun boleh buat makanan beku, tapi ibu tak buat. Ibu bagi makanan segar untuk Kautsar.

Alhamdulillah anak ibu tak ada masalah selera makan.

Waktu Kautsar usia 11 bulan lebih, ibu tak sihat. Bila ibu tak sihat, susu ibu susut teruk. Kautsar terpaksa campur susu formula. Sejak itu Kautsar kerap demam dan selsema. Lagi sekali, pada saya, susu formula tak salah asalkan ibu dah berusaha yang terbaik untuk teruskan penyusuan susu ibu. Tapi kalau bukan rezeki, takkan nak biar anak lapar susu kan?

Demam selsema Kautsar berterusan on-off sampai usia 1 tahun 3 bulan. Sedihnya hati kita sebagai mak bila lihat anak tak sihat. Masa Kautsar 1 tahun 3 bulan, Kautsar kena pakej demam, selsema, batuk dan HFMD. Saya ada kongsi cerita itu di entri ini. Sejak itu saya bagi Kautsar minum Meal Shake setiap malam sebelum tidur. Alhamdulillah, sejak tu cuma sekali Kautsar sakit. Penyakit HFMD yang Kautsar kena pun tak tinggalkan satu parut pun.

Selera makan Kautsar sangat cemerlang. Berat naik cantik. Tidur lena.

Kautsar mula berjalan pada usia 1 tahun 1 bulan. Sebelum usia 1 tahun Kautsar ada menapak sikit, tapi Kaustar tak suka berlatih berjalan. Jalan dua-tiga tapak, Kautsar akan duduk. Sampai usia 1 tahun 1 bulan, tiba-tiba Kautsar terus jalan laju dan lancar. Alhamdulillah.

Sekarang pada usia 1 tahun 5 bulan, Kautsar dah pandai nak bercakap. Dah pandai panggil abahnya. Sebut "atuk", "nenek", "Mamat", "susu" dan lain-lain. Pandai buat bunyi dan gaya lion, elephant, tiger, horse. Pandai menyanyi. Pandai menyanyi sambil buat gaya mengikut lagu.

Sedangkan kami suami isteri tak pernah beria mengajar anak kami apa-apa, kami cuma bergembira menyanyi sama-sama, enjoy setiap apa yang kami lakukan.

Gigi pun dah banyak. Gigi depan dah tumbuh atas bawah ada 8 batang. Geraham 4 batang dah tumbuh. Sekarang gigi taring tengah dalam proses untuk tumbuh. Dah keluar puncaknya, tapi belum habis tumbuh lagi.


Kautsar Kamaliah.
Semoga jadi anak solehah, syurga dunia ibu dan abah.
Jalan kepada redha Allah swt kepada kami ibu dan abah Kautsar Kamaliah.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Hamil dan Menyusukan Anak: Selamat ke Tak?

Assalamualaikum.


Persoalan hamil dan menyusukan anak selalu timbul. Saya sendiri berminat dengan isu ini, mana tahu rezeki saya hamil anak kedua sambil menyusukan Kautsar. Jadi beberapa kali ketika follow up dengan pakar O&G di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, saya ada bertanyakan tentang perkara ini.

Selain pendapat Dr. Noor Aini, saya ada buat banyak bacaan di blog pakar-pakar O&G terkemuka negara. Ini kesimpulan yang saya dapat:

Menyusukan bayi ketika hamil adalah SELAMAT, secara umumnya. Ibu cuma perlu pastikan:
  • Ibu mengamalkan pemakanan sihat dan lengkap dengan nutrisi untuk ibu, bayi dalam kandungan dan anak yang disusukan.
  • Pastikan ibu banyak minum air. 
Ibu yang berisiko menyusukan anak ketika hamil:
  • Pernah mengalami keguguran
  • Pernah mengalami komplikasi ketika hamil
  • Ibu yang lemah badan, kerap sakit, atau alahan teruk 
Tempoh penyusuan paling berisiko:
  • Ketika 3 bulan pertama kelahiran. Penyusuan susu badan menyebabkan kecutan rahim, jadi sepanjang tempoh 3 bulan pertama hamil, pengecutan yang kuat bagi ibu yang ada masalah rahim lemah boleh menyebabkan keguguran. 
Tanda-tanda bahaya yang perlu diawasi:
  • Kontraksi
  • Pendarahan (spotting/bleeding)

Saya harap ibu-ibu dapatkan nasihat pakar sebelum meneruskan penyusuan ketika hamil. Pastikan doktor maklum keadaan ibu yang masih menyusukan anak walaupun hamil. Hentikan penyusuan jika perlu; TOLONG utamakan keselamatan dan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Semoga bermanfaat.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...