"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Selamat tinggal 2014.

Assalamualaikum.

Lama saya tak post di sini. Bagi ruang untuk habiskan masa bersama keluarga dan anak sempena cuti sekolah (macam la anak dah sekolah hehe).

Alhamdulillah tahun 2014 bakal melabuhkan tirai hari ini. Banyak perjalanan suka duka sepanjang tahun ini. Tapi saya tak nak kongsi cerita 2014 saya. Bukan kedekut, tapi saya ni jenis tak simpan dalam hati. Yang lepas tu seronok ke sedih ke marah ke, lepas la. Saya jenis cepat melupakan. Hihi.

InshaAllah esok tahun baru 2015.

Tahun 2015 ini cabaran baru buat kami suami isteri. Macam-macam pembaharuan akan berlaku. Macam-macam kelainan dalam keluarga kami. Rutin akan berubah hampir 100%. Tanggungjawab bertambah dengan anak semakin membesar, tanggungan pun semakin banyak. Dah takde-takde lain, sejak seminggu dua ni kucing jalanan kat depan rumah dah rajin lepak rumah kami pulak. Jadi inshaAllah kos jagaan beliau akan dimasukkan dalam belanjawan 2015. Alhamdulillah.

Saya percaya rezeki jaminan daripada Allah swt kepada hamba-Nya yang berusaha dan yang redha dengan ketentuan-Nya. Hamba yang berserah kepada-Nya. Jadi selagi mana saya yakin dan tawakkal kepada Allah swt, tentulah Allah swt akan jaga saya dan keluarga kami. InshaAllah.

Tahun 2015 akan menjadi tahun yang gemilang buat kami sekeluarga. Bukan dalam bisnes saja, tapi dalam kekeluargaan, kebahagiaan dan kehidupan menyeluruh. Amin.

Buat semua pembaca, pelanggan dan kawan-kawan yang sama-sama berada di blog humble kami ini, terima kasih untuk sokongan anda. Yang offline juga, terima kasih selalu bersama kami.

Nantikan berita gembira sempena 2015. Yakin. Tahun 2015 adalah tahun cemerlang yang bakal merubah segalanya tentang kami :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kautsar Kamaliah: 1 Tahun 5 Bulan.

Assalamualaikum.

Khalifah kecil kami dah cecah 1 tahunn 5 bulan. Kejap tak kejap. Rasa tak puas gomol budak kecil yang makin besar dan berat tu.

Daripada bayi tough yang kuat sengih tak ada gigi, sekarang bercakap tak berhenti. Walaupun tak faham butir, ibu layankan juga macam berbual dengan orang dewasa.

Sekejap anak ibu dah besar.

Kautsar lahir petang Sabtu yang cerah, dengan berat 3.55 kg. Semangat sangat, tulang-tulangnya keras, senang ibu nak belajar dukung dan uruskan bayi baru lahir. Ibu suka bayi sihat. Memang ibu target berat anak ibu 3.3 kg sekurangnya. Kalau tak sampai 3 kg, ibu rasa tak cukup sihat je anak ibu. Hehe.

Sepanjang menyusu badan sepenuhnya dari lahir hingga usia 6 bulan, Kautsar jarang sakit. Cuma pernah kena ruam teruk di muka dan telinga. Doktor pakar kanak-kanak yang merawat Kautsar bagi ubat yang mengandungi mild steroid. Sapu sekali dua terus baik. Pada ibu, tak salah sapu ubat dengan steroid asalkan tak berlebihan. Yelah, kalau kita sebagai ibu bapa dah buat yang terbaik, dah cerap keringkan muka anak, bilas dengan air bersih tapi ruam masih tak hilang, takkan nak biar anak terus dengan ruam, kan?

Sejak umur 6 bulan hingga 1 tahun, ibu bagi Kautsar makan masakan ibu. Setiap hari ibu tak pernah gagal bangun pagi untuk masakkan makanan Kautsar. Walaupun boleh buat makanan beku, tapi ibu tak buat. Ibu bagi makanan segar untuk Kautsar.

Alhamdulillah anak ibu tak ada masalah selera makan.

Waktu Kautsar usia 11 bulan lebih, ibu tak sihat. Bila ibu tak sihat, susu ibu susut teruk. Kautsar terpaksa campur susu formula. Sejak itu Kautsar kerap demam dan selsema. Lagi sekali, pada saya, susu formula tak salah asalkan ibu dah berusaha yang terbaik untuk teruskan penyusuan susu ibu. Tapi kalau bukan rezeki, takkan nak biar anak lapar susu kan?

Demam selsema Kautsar berterusan on-off sampai usia 1 tahun 3 bulan. Sedihnya hati kita sebagai mak bila lihat anak tak sihat. Masa Kautsar 1 tahun 3 bulan, Kautsar kena pakej demam, selsema, batuk dan HFMD. Saya ada kongsi cerita itu di entri ini. Sejak itu saya bagi Kautsar minum Meal Shake setiap malam sebelum tidur. Alhamdulillah, sejak tu cuma sekali Kautsar sakit. Penyakit HFMD yang Kautsar kena pun tak tinggalkan satu parut pun.

Selera makan Kautsar sangat cemerlang. Berat naik cantik. Tidur lena.

Kautsar mula berjalan pada usia 1 tahun 1 bulan. Sebelum usia 1 tahun Kautsar ada menapak sikit, tapi Kaustar tak suka berlatih berjalan. Jalan dua-tiga tapak, Kautsar akan duduk. Sampai usia 1 tahun 1 bulan, tiba-tiba Kautsar terus jalan laju dan lancar. Alhamdulillah.

Sekarang pada usia 1 tahun 5 bulan, Kautsar dah pandai nak bercakap. Dah pandai panggil abahnya. Sebut "atuk", "nenek", "Mamat", "susu" dan lain-lain. Pandai buat bunyi dan gaya lion, elephant, tiger, horse. Pandai menyanyi. Pandai menyanyi sambil buat gaya mengikut lagu.

Sedangkan kami suami isteri tak pernah beria mengajar anak kami apa-apa, kami cuma bergembira menyanyi sama-sama, enjoy setiap apa yang kami lakukan.

Gigi pun dah banyak. Gigi depan dah tumbuh atas bawah ada 8 batang. Geraham 4 batang dah tumbuh. Sekarang gigi taring tengah dalam proses untuk tumbuh. Dah keluar puncaknya, tapi belum habis tumbuh lagi.


Kautsar Kamaliah.
Semoga jadi anak solehah, syurga dunia ibu dan abah.
Jalan kepada redha Allah swt kepada kami ibu dan abah Kautsar Kamaliah.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Hamil dan Menyusukan Anak: Selamat ke Tak?

Assalamualaikum.


Persoalan hamil dan menyusukan anak selalu timbul. Saya sendiri berminat dengan isu ini, mana tahu rezeki saya hamil anak kedua sambil menyusukan Kautsar. Jadi beberapa kali ketika follow up dengan pakar O&G di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, saya ada bertanyakan tentang perkara ini.

Selain pendapat Dr. Noor Aini, saya ada buat banyak bacaan di blog pakar-pakar O&G terkemuka negara. Ini kesimpulan yang saya dapat:

Menyusukan bayi ketika hamil adalah SELAMAT, secara umumnya. Ibu cuma perlu pastikan:
  • Ibu mengamalkan pemakanan sihat dan lengkap dengan nutrisi untuk ibu, bayi dalam kandungan dan anak yang disusukan.
  • Pastikan ibu banyak minum air. 
Ibu yang berisiko menyusukan anak ketika hamil:
  • Pernah mengalami keguguran
  • Pernah mengalami komplikasi ketika hamil
  • Ibu yang lemah badan, kerap sakit, atau alahan teruk 
Tempoh penyusuan paling berisiko:
  • Ketika 3 bulan pertama kelahiran. Penyusuan susu badan menyebabkan kecutan rahim, jadi sepanjang tempoh 3 bulan pertama hamil, pengecutan yang kuat bagi ibu yang ada masalah rahim lemah boleh menyebabkan keguguran. 
Tanda-tanda bahaya yang perlu diawasi:
  • Kontraksi
  • Pendarahan (spotting/bleeding)

Saya harap ibu-ibu dapatkan nasihat pakar sebelum meneruskan penyusuan ketika hamil. Pastikan doktor maklum keadaan ibu yang masih menyusukan anak walaupun hamil. Hentikan penyusuan jika perlu; TOLONG utamakan keselamatan dan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Semoga bermanfaat.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

7 Sebab Sukar Hamil.

Assalamualaikum.

Ramai pasangan moden yang berkahwin tapi lambat dikurniakan cahaya mata. Malah begitu ramai pasangan di luar sana yang belum dikurniakan anak walaupun telah bertahun-tahun berumahtangga. Tanpa kita sedar, teknologi canggih serba moden boleh mempengaruhi kesuburan suami dan isteri. Malah, kepercayaan karut yang tidak berasaskan sains kesihatan turut merendahkan risiko tidaksubur di kalangan pasangan suami isteri.

Gambar ihsan Google
7 Kesilapan Sukar Hamil

1. Pelincir yang Salah
Tahukah anda menggunakan pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang untuk hamil? Semua gel pelincir boleh rosakkan sperma. Cara terbaik untuk baiki hubungan, tingkatkan pelincir semulajadi anda. Lakukan lebih banyak foreplay sebelum memulakan seks. Seterusnya lebih banyak pelincir semulajadi terhasil untuk bantu sperma terus hidup.

2. Simpanan sperma.
Ada pasangan silap tanggapan bahawa dengan mengelakkan hubungan seks dalam masa sebulan dapat menjimatkan sperma. Ini adalah silap besar! Memang benar, jika simpan sperma, anda mungkin lebih banyak waktu diperlukan. Tetapi kebanyakan sperma sudah lemah dan lembap serta tidak mampu senyawakan telur wanita. Untuk hamil, sperma yang segar diperlukan.

3. Vitamin C.
Sangat bagus untuk tingkatkan kesuburan. Ia boleh memperbaiki cecair serviks. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dan ke rahim. Tanpanya sperma tak mampu hidup lebih lama. Namun jangan ambil berlebihan sebab dikhuatiri akan  menyebabkan kekeringan serviks pula. Dinasihatkan ambil tidak lebih 1000mg vitamin C setiap hari.

4. Tekanan. 
Bila ada yang bertanya dan mengatakan “relaks la” ini sebenarnya akan menambah lagi tekanan. Lakukanlah terapi ketawa daripada paksa diri untuk bertenang. Tekanan boleh menyebabkan penghasilan ovumdan sperma yang tidak berkualiti.

5. Makanan. 
Wanita yang hamil tahu apa makanan yang patut dijauhi, tetapi wanita yang sedang cuba untuk hamil tidak tahu hal ini. Contohnya, jauhkan ikan yang mengandungi merkuri yang sangat tinggi namun jangan elak semua ikan kerana ada ikan yang yang kaya dengan protein, vitamin D dan asid lemak Omega-3 yang bagus.

6. Minuman berkafein.
Ada kajian mengatakan secawan kopi sehari sudah cukup memgurangkan peluang sehingga 50% wanita untuk hamil dalam tempoh 12 bulan. Jadi, pengemar kopi sila ambil perhatian ya.

7. Ubat-ubatan yang mesti dijauhi orang lelaki.
Ada ubat-ubatan yang biasa diambil oleh lelaki seperti ubat rawat ulser, masalah gastrik juga ubat tekanan darah tinggi ada kesan buruk pada pengeluaran sperma juga kesuburan. Amalkan vitamin lebih baik, contohnya zinc complex, C dan E yang mengandungi selenium.

[Sumber]

Tips: Petua Hamil Tanpa Stretchmark.

Assalamualaikum.

Nak kongsi pengalaman saya hamilkan Kautsar dulu. Masa mula-mula tau saya hamil, perkara paling saya takut sekali ialah STRETCH MARKS. Mana taknya, waktu tu kakak saya baru je lahirkan anak sulung. Stretch mark kat badan dia, ya ampun, MENAKUTKAN!


Saya buat bacaan tentang stretch mark, antara faktanya stretch marks ni menurun ikut genetik kita. Maksudnya kalau mak-mak kita dulu hamil penuh stretch marks, kemungkinan besar kita pun akan ada stretch marks bila hamil.

Lagi la menakutkan! Sebab mak saya dulu memang banyak sangat stretch marks. Kakak-kakak saya pun semua penuh stretch marks dari pusat sampai ke paha. Dari punggung sampai ke betis. Sampaikan akak bidan yang datang jaga kakak saya berpantang pun terkejut. Sepanjang 15 tahun pengalaman dia jaga wanita bersalin, ini kes stretch marks paling teruk dia pernah jumpa.

Stretch marks ni berlaku sebab kulit merekah bila perut semakin membesar. Disebabkan kulit tak dapat mengembang secepat kadar perut kita membesar, maka kapilari darah di kulit akan pecah disebabkan tegangan kulit yang keterlaluan. Kapilari yang pecah tu yang menyebabkan tanda merah-merah, kadang-kadang jadi warna biru ungu atau hitam dan menyebabkan gatal.

Jangan garu tau! Lagi garu lagi teruk nanti jadinya.

Ahamdulillah sepanjang hamilkan Kautsar, saya tak ada stretch marks langsung. Kat perut tak ada, paha, lengan, punggung, betis pun tak ada. Padahal saya tak pernah sapu apa-apa krim, losyen atau minyak (ada beli tapi tak sapu hehe).

Petua saya: ESP Shaklee. Saya cuma amalkan minum ESP Shaklee sehari 3 kali. Sarapan pagi, minum petang dan minum malam. Sampai minggu ke-38 masih tak ada stretch marks, saya gembira sangat. Hingga saat bersalin pun tak ada stretch marks. Alhamdulillah.

Satu lagi yang saya perasan, bila amalkan ESP masa hamil ni, kulit jadi bbersinar glowing. Pori pun mengecil. Saya memang jenis kulit kombinasi, susah dijaga dan sangat sensitif. Waktu hamil, perubahan hormon menyebabkan kulit jadi kering dan kusam. Lepas amalkan ESP kulit jadi normal malah lebih cerah dan sekata tonanya.

Untuk bakal ibu bertuah macam saya, tak perlu banyak penjagaan ketika hamil untuk elakkan stretch marks. Bagi yang berpotensi untuk ada stretch marks, saya share sikit petua elakkan stretch marks:

  • Amalkan sapu krim/losyen/minyak anti stretch marks sebaik saja tau sedang hamil. Sapu 2 kali sehari selepas mandi.
  • Banyakkan makan sayur-sayuran hijau supaya kulit mudah meregang.
  • Jangan garu kalau gatal. Sebaiknya gosok secara perlahan atau sapukan krim.
  • Banyakkan minum air masak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Berminat nak dapatkan Set Hamil Shaklee, boleh hubungi kami untuk konsultasi percuma dan harga istimewa.

Semoga bermanfaat :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...