"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Review Grand Lexis Port Dickson

Assalamualaikum.

Baru-baru ni masa nak ke program S2U Tours Family Day Zon Tengah hari tu kami sempat bermalam di Grand Lexis Port Dickson. Tak rancang nak ke sini pun. Asalnya cuma nak gerak pagi terus ke program. Kemudian saya la yang suka cucuk En Qusyairi supaya gerak awal bermalam di mana-mana, saja nak bawa Kautsar berjalan. 

Saya plan nak bermalam di Melaka, mungkin bawa Kautsar main air atau ke zoo, kemudian singgah beli tudung. Tiba-tiba En Qusyairi tanya: tidur di Grand Lexis nak? Rupanya En Qusyairi nak bagi hadiah advance untuk birthday saya hujung bulan ni. Allah, terharunya. Kami ni bukan jenis yang selalu tukar-tukar hadiah. Sekali sekala kalau datang perasaan romantik tu adalah keluar makan berdua. Bila En Qusyairi bagi hadiah hari lahir ni, terharu sangat rasanya.

Ok cukup-cukup cerita terharu. Jom review Grand Lexis ni ye.

Grand Lexis ni yang seronok sangat sebab setiap bilik ada private pool. En Qusyairi memang pantang jumpa air, mesti dia terjun. Kautsar pun menurun tabiat En Qusyairi suka terjun kolam. Macam saya ni pemalu, tak pernah dan inshaAllah takkan pernah terjun dalam kolam awam. Malu orang tengok kita berendam. Hehe. Lagi pula bila keluar pool nanti, baju melekat-lekat. Allah, malunya. 

Jadi En Qusyairi pilih Grand Lexis ni supaya saya boleh mandi kolam sama-sama beliau dan Kautsar. Sehari sebelum bertolak, kami tempah bilik Garden Pool. Garden Pool bilik untuk 2 orang. Selain daripada Garden Pool, ada bilik atas laut, ada yang kolamnya open air. Ada suite. Ada banyak jenis bilik, semuanya ada private pool. Kami suka buat tempahan melalui www.booking.com sebab boleh buat booking percuma, cancellation pun percuma. Cuma kena bagi detail credit card je tapi tak terus tolak bayaran.

Masa sampai, bilik Garden Pool penuh, jadi kami ditawarkan upgrade percuma ke bilik Grand Garden Pool. Grand Garden Pool ni bilik untuk 4 orang dewasa. Sangat luas, ada 2 katil king, sofa dan meja kopi, peti sejuk, pantry siap dengan microwave, cerek elektrik, pinggan mangkuk, sudu garfu pisau, ada counter makan. Dalam bilik Grand Garden Pool ni ada satu bilik persalinan. Dalamnya ada toilet dan shower berasingan, sinki, almari dan rak. Turut disediakan dalam almari ialah safe deposit box, seterika dan ironing board, payung, dan selipar.

Ruang tidur dan berehat.
Bilik persalinan dan bilik air. Almari kat sebelah kiri bilik. Maaf ler, jurugambar tak profesional macam ni je gambar yang dapat snap. Huhu.
Private pool dalam bilik. Terjun la sesuka hati bila-bila masa suka. Nak seksi-seksi tak pakai tudung pun boleh. Hihi.
Yang bestnya bilik Grand Garden Pool ni sebab kat sebelah pool tu ada ruang rehat dan shower untuk bilas. Penat berenang-renang boleh naik makan nasi sekejap. Haha. Kautsar la tu. Dah puas berenang, naik makan dulu. Lepas tu sambung berenang. Sampai ibu abah dah tak kuasa nak layan, kaki tangan pun dah kecut, pastu kena paksa naik dan tidur. Menangis la, apa lagi. Hihi.

Kolam dalam bilik kami dalamnya 4 kaki. Keluasannya saya tak pasti, tapi kalau 3-4 orang berenang sekali ok la. Lebih daripada tu, boleh berlaga dalam kolam. Sesuai la sebab bilik kami pun bilik untuk 4 orang.

Aktiviti dalam bilik dah cukup meriah, kat luar bilik lagi meriah. Ada kolam mandi terbuka, boleh sewa basikal yang kayus sambil duduk berlunjur tu, apa entah namanya. Selain tu ada permainan untuk kanak-kanak, yang macam castle tapi isi angin. Anak-anak boleh lompat-lompat dalam tu. Ada taman permainan kecil. Gimnasium, spa dan entah apa-apa lagi semuanya ada. Saya tak pusing habis sebab letih, hotelnya pula besar.

Sepan bilik kami.
Depan bilik juga, tapi background bangunan utama.
Maaf saya tak dapat nak review breakfast sebab saya tak turun breakfast pagi tu. En Qusyairi dan Kautsar je yang pergi breakfast. Saya rehat, recharge, ready nak sedut aura dan ilmu di program S2U petang itu dan esoknya :)

Pada saya, untuk pengalaman dan kalau ada acara-acara istimewa seperti sambutan ulangtahun perkahwinan, hari jadi, atau bulan madu sesuai sangat ke Grand Lexis ni. Kolam dalam bilik, memang romantik sangat kan. Hihi. Ada rezeki inshaAllah kami ke sana lagi. Lebih seronok kalau datang dengan family, boleh berkelah tepi kolam beramai-ramai.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Sembelit Lepas Bersalin.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah saya masih dikurniakan kesempatan dan kemampuan untuk terus berkongsi maklumat di blog kesihatan saya ini. Siapa tahu entah bila nikmat yang kita miliki sekarang ini ditarik semula oleh Yang Maha Pencipta. Jadi bersyukurlah untuk semuanya.

Baru-baru ni kawan rapat saya merangkap pelanggan tegar Shaklee di Noraihan Qusyairi telah selamat melahirkan bayi lelaki sulong. Tahniah kawan tersayang dan suami. Minta maaf masih tak berkesempatan menjenguk baby boy yang hensem tu. Aunty, Uncle dan Kakak Kautsar berada di luar kawasan :)

Yang tak bestnya kawan saya hantar WhatsApp mengejut, mengadu yang beliau masih belum membuang sejak bersalin seminggu lepas. Bayangkan seminggu tak membuang. Mesti tak selesa. Kalau membuang nanti mesti sakit sebab dah lama terperap.

Jadi saya terpanggil nak berkongsi tentang sembelit lepas bersalin. Harap entri ini bermanfaat untuk kawan-kawan yang masih berpantang atau yang bakal menimang cahaya mata.

KENAPA BERLAKU SEMBELIT LEPAS BERSALIN:
Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:
  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:
  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  • anda mendapat jahitan.

ADAKAH MEMBUANG AIR BESAR LEPAS BERSALIN MENYAKITKAN?
Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Anda tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak ke tandas sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis anda.


Jadi ibu-ibu jangan takut untuk membuang airbesar lepas bersalin. Ada tips-tips yang sesuai diamalkan supaya ibu lebih mudah membuang selain dapat mengelakkan sembelit lepas bersalin. Saya akan share dalam entri akan datang.

Jom baca apa kata pelanggan Noraihan Qusyairi tentang sembelit lepas bersalin:



VITAMIN CADANGAN SHAKLEE
OSTEMATRIX Shaklee.

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu satu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. Pengambilan supplemen ini juga perlu disertakan dengan meminum air yang banyak.

OSTEMATRIX Shaklee boleh membantu anda untuk:
(1) Tidur malam lebih lena.
(2) Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
(4) Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Babywearing: Batu Pahat Mini Gathering.

Assalamualaikum.

Hari khamis lepas saya berkesempatan turut serta dalam mini gathering ahli persatuan Selat Tebrau Babywearers Batu Pahat. Alhamdulillah. Memang saya dah plan nak beli wrap tapi tak berkesempatan nak dating dengan wrapper yang dah pro. Disebabkan payah nak jumpa babywearing gear ni kat mana-mana kedai, bila join mini gathering macam ni seronok la sangat dapat try macam-macam.

Sebelum cerita panjang, saya nak ingatkan cara menggendong bayi yang selamat ialah dengan keadaan kaki bayi terkangkang, lutut lebih tinggi daripada punggung (deep seat).

Yang sebelah kiri ni cara tak selamat, crotch-carrier yang meletakkan berat bayi sepenuhnya pada kawasan crotch. Cara ni boleh menyebabkan kecederaan pada bayi, dan dah tentu bayi tak selesa. Yang kanan adalah cara yang selamat. Berat bayi tersebar sekata, ibu dan bayi selesa.

Ok jom layan kegilaan kami :)

Lambakkan carrier. Try semua!

Fatehah, kawan baru saya :)

Kawan sekolah agama, senior sekolah menengah, Aman dan baby Ayra.

Kak Yus, mentor babywearing Batu Pahat.

Mini gathering yang tak mini sangat. Ramai yang datang rupanya. Tak sia-sia balik cepat-cepat goreng keropok lekor hihi.
Ok gambar saya tak ada. Sebabnya masa semua orang seronok cuba macam-macam carrier, saya sibuk berkejaran dengan Kautsar yang tak reti diam. Aktif sangat Kautsar, semput ibu layankan. Hihi.

Masih belum terlambat untuk sesiapa yang nak join bengkel Babywearing 101 Oktober ini.


Untuk cara-cara mendaftar ke bengkel ni, boleh rujuk entri saya ini.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Berapa Banyak Protein yang Diperlukan Setiap Hari?

Tidak ada kuantiti yang tetap untuk persoalan ini kerana keperluan protein setiap individu adalah berbeza bergantung pada umur, size, aktiviti dan tahap kesihatan semasa. Penyelidikan mengenai protein ini juga masih belum dihentikan.


Institut Perubatan mengesyorkan orang dewasa mendapat sekurang-kurangnya 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari atau anggaran 64 gram bagi orang dewasa.

Di Amerika Syarikat (AS), orang dewasa mendapat purata 15 peratus kalori daripada protein; untuk orang yang memerlukan 2,000 kalori per hari diet, yang kira-kira 75 gram protein.
Bagaimana pula dengan kadar pengambilan protein untuk orang dewasa di Malaysia? Adakah pola pemakanan harian rakyat Malaysia memenuhi keperluan protein setiap hari?

Bagi mereka yang sihat, meningkatkan pengambilan protein 20 hingga 25 peratus daripada kalori boleh mengurangkan risiko penyakit jantung jika lebih protein menggantikan karbohidrat ringkas, seperti roti putih, nasi putih, atau minuman bergula. Diet tinggi protein juga boleh memberi manfaat kepada penurunan berat badan jika bersama dengan diet rendah kalori, walaupun mangambil jangka panjang untuk membuktikan keberkesanannya.

Bagi orang-orang dalam keadaan sihat juga, mengambil 20 hingga 25 peratus kalori daripada protein tidak akan merosakkan buah pinggang. Dalam penyelidikan oleh  National Academy of Sciences melaporkan bahawa diet tinggi protein bahaya untuk individu yang mempunyai penyakit buah pinggang. Selepas kajian yang teliti, mereka menyarankan hanya 10 peratus kepada 35 peratus daripada kalori harian datang daripada protein. Oleh itu merujuk doktor atau pakar diet berdaftar perlu bagi menentukan keperluan protein individu.

Menurut formula yang digunakan oleh Sears, berat badan perlu didarab dengan formula berikut, bergantung kepada tahap aktiviti luar, untuk mendapatkan keperluan protein harian dalam gram:

    Sedentari = berat dalam paun  x  0.5
    Sederhana (30 minit aktiviti bertenaga 3 hari seminggu) = berat dalam paun x 0.7
    Aktif (1 jam setiap hari 5 hari seminggu) = berat dala paun x 0.8
    Sangat Aktif (10 jam aktiviti bertenaga setiap minggu = berat dalam paun x 0.9
    Atlet = berat dalam paun x 1.0

[Sumber]


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE

Jumlah ESP yang kami cadangkan adalah sebanyak 3 sudu besar sehari. Jumlah ini mengandungi 28 gram protein iaitu bersamaan dengan 40% keperluan protein harian.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Petua Elak Sakit Mata Berjangkit.

Assalamualaikum.


Awal minggu ni saya dijangkiti sakit mata. Mulanya tak sedar yang saya sakit mata. Malam tu rasa gatal-gatal, saya pun gosok--gosok mata. Disebabkan lampu dah dipadamkan (Cik Kautsar dah tidur), En Qusyairi pun tak nampak yang mata saya dah merah dan sedikit bengkak.

Saya sedar mata jadi merah dan bengkak waktu saya ambil wudhu nak tunaikan solat Isyak. Sebelah kiri je. Sebelah kanan macam biasa. Jadi memang nampak sangat bezanya. Hehe.

Bangun subuh esok paginya, mata kiri saya tak boleh buka. Bengkak teruk dan merah menyala. Waktu tu saya biasa-biasa, En Qusyairi risau lebih-lebih :) Klinik buka saja beliau terus bawa saya jumpa doktor, dan memang sah saya dijangkiti sakit mata. Doktor kata memang tengah musim sekarang ni.

Yang paling saya risau jika sakit mata ni terjangkit kepada Kautsar. Risau sangat saya masa tu. Kautsar walaupun nampak tubuh dan perangainya macam dah besar, tapi sebenarnya masih kecik lagi. Walaupun Kautsar dah faham bila kami cakap apa-apa, tapi masih tak mampu nak fahamkan Kautsar tentang bahaya sakit mata, jangan gosok mata etc.

En Qusyairi bagi cadangan ekstrem supaya Kautsar tinggal dengan nenek selama 2 hari. Saya tak sampai hati! Nanti ibu rindu Kautsar, Kautsar rindu ibu. Macam mana Kautsar nak tidur malam, ibu tak ada. Lalu sebagai kompromi saya cadangkan kami hantar Kautsar ke rumah nenek lebih awal, dan ambil lebih lewat. Petang-petang abah akan layan Kautsar main, bawa jalan-jalan sampai letih, sementara ibu masak. Kemudian lepas makan malam ibu terus tidurkan. Hari pertama plan kami ni menjadi. Tapi masuk hari kedua, En Qusyairi pula berjangkit. Jadi kami lebih berhati-hati bila dengan Kautsar.

Alhamdulillah, hari ni kami berdua dah bebas dari sakit mata. Kautsar pun tak terjangkit :)

Berikut saya kongsikan bagaimana elak sakit mata / conjunctivitis daripada berjangkit.

  • Pakai cermin mata: tak semestinya cermin mata gelap, cermin mata biasa pun boleh. Tujuan pakai cermin mata supaya kuman dari mata terhad dalam kawasan cermin mata shj dan tak berpindah ke objek lain. Kami pakai cermin mata di rumah, walaupun ketika tinggal seorang.
  • Elakkan menggosok mata: sakit mata akan menyebabkan rasa gatal di sekitar mata terutamanya di kelopak atas. Menggosok mata boleh menyebabkan mata kita cedera, kulit luka atau melecet. Jika dibiarkan boleh berlaku jangkitan kuman pada luka.
  • Guna tisu lembut: mata akan jadi mudah berair, jadi lapkan air mata dengan tisu yang lembut. Sekali lap terus buang. Buang tisu dalam bakul sampah yang bertutup.
  • Gunakan hand sanitizer / disinfectant: jangkitan sakit mata berlaku akibat sentuhan. Cecair mata yang berkuman tersentuh dengan tangan atau apa-apa objek dan kemudian meyentuh mata kita lalu menyebabkan jangkitan. Setiap kali selepas kami sentuh mata, kami akan guna hand sanitizer. Setiap kali kami nak sentuh Kautsar pun kami guna hand sanitizer. Malah tangan Kautsar dan mainan-mainan pun kami bersihkan dengan hand sanitizer.
  • WAJIB jangan cium anak: doktor pesan, sakit mata biasanya berjangkit pada dua hari pertama. Jadi selama dua hari saya minimumkan sentuhan dengan Kautsar. Dua hari juga puasa cium Kautsar.
  • Jaga kebersihan: kerapkan cuci barang-barang dalam rumah atau sekurang-kurangnya lap dengan pencuci anti bakteria.


Selain makan ubat klinik, kami juga amalkan Nutriferon sepanjang dijangkiti sakit mata. Alhamdulillah gatal-gatal kurang dan mata kurang bengkak dan merah. Saya gandakan dos berbanding yang biasa saya makan. Untuk cara makan Nutriferon yang betul, boleh dapatkan konsultasi percuma dari kami bila-bila masa.


Semoga entri kali ini membantu ibubapa yang turut dijangkiti sakit mata.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...