"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Petua Hamil Tanpa Stretchmark.

Assalamualaikum.

Nak kongsi pengalaman saya hamilkan Kautsar dulu. Masa mula-mula tau saya hamil, perkara paling saya takut sekali ialah STRETCH MARKS. Mana taknya, waktu tu kakak saya baru je lahirkan anak sulung. Stretch mark kat badan dia, ya ampun, MENAKUTKAN!


Saya buat bacaan tentang stretch mark, antara faktanya stretch marks ni menurun ikut genetik kita. Maksudnya kalau mak-mak kita dulu hamil penuh stretch marks, kemungkinan besar kita pun akan ada stretch marks bila hamil.

Lagi la menakutkan! Sebab mak saya dulu memang banyak sangat stretch marks. Kakak-kakak saya pun semua penuh stretch marks dari pusat sampai ke paha. Dari punggung sampai ke betis. Sampaikan akak bidan yang datang jaga kakak saya berpantang pun terkejut. Sepanjang 15 tahun pengalaman dia jaga wanita bersalin, ini kes stretch marks paling teruk dia pernah jumpa.

Stretch marks ni berlaku sebab kulit merekah bila perut semakin membesar. Disebabkan kulit tak dapat mengembang secepat kadar perut kita membesar, maka kapilari darah di kulit akan pecah disebabkan tegangan kulit yang keterlaluan. Kapilari yang pecah tu yang menyebabkan tanda merah-merah, kadang-kadang jadi warna biru ungu atau hitam dan menyebabkan gatal.

Jangan garu tau! Lagi garu lagi teruk nanti jadinya.

Ahamdulillah sepanjang hamilkan Kautsar, saya tak ada stretch marks langsung. Kat perut tak ada, paha, lengan, punggung, betis pun tak ada. Padahal saya tak pernah sapu apa-apa krim, losyen atau minyak (ada beli tapi tak sapu hehe).

Petua saya: ESP Shaklee. Saya cuma amalkan minum ESP Shaklee sehari 3 kali. Sarapan pagi, minum petang dan minum malam. Sampai minggu ke-38 masih tak ada stretch marks, saya gembira sangat. Hingga saat bersalin pun tak ada stretch marks. Alhamdulillah.

Satu lagi yang saya perasan, bila amalkan ESP masa hamil ni, kulit jadi bbersinar glowing. Pori pun mengecil. Saya memang jenis kulit kombinasi, susah dijaga dan sangat sensitif. Waktu hamil, perubahan hormon menyebabkan kulit jadi kering dan kusam. Lepas amalkan ESP kulit jadi normal malah lebih cerah dan sekata tonanya.

Untuk bakal ibu bertuah macam saya, tak perlu banyak penjagaan ketika hamil untuk elakkan stretch marks. Bagi yang berpotensi untuk ada stretch marks, saya share sikit petua elakkan stretch marks:

  • Amalkan sapu krim/losyen/minyak anti stretch marks sebaik saja tau sedang hamil. Sapu 2 kali sehari selepas mandi.
  • Banyakkan makan sayur-sayuran hijau supaya kulit mudah meregang.
  • Jangan garu kalau gatal. Sebaiknya gosok secara perlahan atau sapukan krim.
  • Banyakkan minum air masak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Berminat nak dapatkan Set Hamil Shaklee, boleh hubungi kami untuk konsultasi percuma dan harga istimewa.

Semoga bermanfaat :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Penyakit Spina Bifida Pada Bayi Baru Lahir.

Assalamualaikum.


Apakah Spina Bifida?

Spina Bifida adalah kecacatan kelahiran yang boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Spina Bifida bermaksud "tulang belakang terbelah." Spina Bifida berlaku semasa bayi di dalam rahim dan tulang belakang tidak bercantum sepenuhnya. Setiap hari, kira-kira lapan bayi yang dilahirkan di Amerika Syarikat mempunyai Spina Bifida atau kecacatan kelahiran otak dan tulang belakang yang hampir sama.

Apa yang menyebabkan Spina Bifida?
Tidak ada yang pasti. Para saintis percaya bahawa faktor genetik dan persekitaran bertindak bersama-sama untuk menyebabkan keadaan ini.

Jenis-jenis Spina Bifida

  1. Occult Spinal Dysraphism (OSD): Bayi dengan kecacatan ini mempunyai lesung pipit di bahagian bawah belakang mereka. 
  2. Spina Bifida Occulta: Ia sering dipanggil "Spina Bifida tersembunyi" kerana kira-kira 15 peratus daripada orang yang sihat mempunyainya dalam keadaan tidak sedar. 
  3. Meningocele: Meningocele menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang terkeluar melalui tulang belakang.
  4. Myelomeningocele (Meningomyelocele): juga dikenali sebagai Spina Bifida Cystica. Merupakan jenis spina bifida yang paling teruk, aa berlaku apabila bahagian saraf tunjang dan saraf datang melalui bahagian terbuka tulang belakang. 


Bagaimanakah Spina Bifida Dirawat?
Seorang kanak-kanak dengan Meningomyelocele biasanya dikendalikan di dalam tempoh dua hingga tiga hari lepas lahir. Ini menghalang jangkitan dan membantu menyelamatkan saraf tunjang daripada kerosakan yang lebih.

Seorang kanak-kanak dengan Meningocele biasanya dirawat dengan pembedahan, selalunya kanak-kanak itu tidak lumpuh. Kebanyakan kanak-kanak dengan keadaan ini membesar secara normal, tetapi mereka perlu diperiksa oleh doktor kerana mereka boleh mempunyai masalah serius yang lain.

Kanak-kanak dengan OSD harus dirawat oleh pakar bedah. Kebanyakan pakar berpendapat pembedahan perlu dilakukan awaak untuk menjaga saraf dan otak daripada menjadi lebih rosak.

Spina Bifida Occulta biasanya tidak perlu dirawat. '

Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah Spina Bifida?
Wanita yang ingin hamil perlu mengambil asid folik sebelum dan dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Persatuan Spina Bifida Amerika Syarikat mencadangkan wanita untuk mengambil vitamin dengan 400 mcg (0.4 mg) asid folik setiap hari pada sepanjang masa mereka berpotensi untuk hamil.

Wanita yang mempunyai anak atau adik-beradik dengan Spina Bifida, pernah mempunyai kehamilan terjejas atau menghidap Spina Bifida perlu mengambil 4000 mcg (4.0 mg) asid folik untuk satu hingga tiga bulan sebelum dan dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

Apakah asid folik?
Asid folik adalah vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk berkembang dan menjadi sihat. Ia didapati dalam banyak makanan, tetapi bentuk buatan manusia atau sintetik dalam pil sebenarnya lebih baik diserap oleh badan kita.

Apakah keadaan yang berkaitan dengan Spina Bifida?
Kanak-kanak dan orang dewasa muda dengan Spina Bifida boleh mempunyai masalah mental dan sosial. Mereka juga boleh mempunyai masalah berjalan, alahan getah, obesiti, kerosakan kulit, gangguan gastrousus, kurang upaya, kemurungan, tendonitis dan isu-isu seksual.

Apa wujud batasan fizikal?
Penghidap Spina Bifida mesti belajar bagaimana untuk bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan, dengan menggunakan peralatan seperti tongkat, pendakap atau kerusi roda. Doktor, jururawat, guru-guru dan ibu bapa perlu tahu apa yang kanak-kanak yang boleh dan tidak boleh lakukan untuk berdikari, bermain dengan anak-anak yang tidak orang kurang upaya dan untuk menjaga dirinya sendiri.

Bolehkah Spina Bifida dikesan sebelum kelahiran?
Ya. Terdapat tiga ujian *.

  1. Ujian darah dalam 16 hingga minggu ke-18 kehamilan. Ini dikenali sebagai alpha-fetoprotein (ujian saringan AFP). Ujian ini adalah lebih tinggi pada kira-kira 75-80% daripada wanita yang mempunyai janin dengan Spina Bifida.
  2. Satu ultrasound janin. Ini juga dipanggil sonogram dan boleh menunjukkan tanda-tanda Spina Bifida seperti tulang belakang yang terbuka.
  3. Ujian di mana sejumlah kecil cecair dari rahim itu diambil melalui jarum nipis. Ini dipanggil amniosentesis ibu dan boleh digunakan untuk melihat tahap protein.

* Ibu bapa perlu tahu bahawa tidak ada ujian perubatan adalah sempurna, dan ujian ini tidak selalu betul.

Bolehkah kanak-kanak Spina Bifida membesar secara normal?
Ya. Dengan rawatan, kanak-kanak Spina Bifida boleh menjalani kehidupan yang normal. Kebanyakan pesakit spina bifida boleh bersekolah dan bersukan seperti biasa. Dengan kemajuan perubatan, kira-kira 90 peratus daripada bayi yang lahir dengan Spina Bifida kini hidup sehingga dewasa, kira-kira 80 peratus mempunyai kecerdasan yang normal dan kira-kira 75 peratus bermain sukan dan melakukan aktiviti lain.

Bagaimanakah Spina Bifida diuruskan?
Oleh sebab jenis dan tahap penyakit ini berbeza bagi individu berlainan, setiap pesakit menghadapi cabaran yang berbeza dan mungkin memerlukan rawatan yang berbeza. Cara terbaik untuk menguruskan Spina Bifida adalah dengan pendekatan pasukan. Ahli-ahli pasukan mungkin termasuk pakar bedah neuro, pakar urologi, orthopedists, ahli terapi fizikal dan pekerjaan, orthotists, ahli psikologi dan pekerja sosial perubatan.

Maklumat ini tidak mengandungi nasihat perubatan untuk mana-mana individu. Seperti kes-kes tertentu mungkin berbeza-beza dari maklumat umum dibentangkan di sini, Spina Bifida Association menasihati pembaca untuk berunding berkelayakan perubatan atau lain-lain profesional secara individu.

Gregory S. Liptak, MD, MPH

[Sumber]

SET HAMIL SHAKLEE MENGHALANG BERLAKUNYA SPINA BIFIDA


Set Hamil Shaklee lengkap dengan 400mcg asid folik, kalsium magnesium untuk perkembangan tulang bayi, omega untuk perkembangan sendi dan otak bayi. Memberi ibu tenaga dan nutrisi lengkap sepanjang kehamilan. Tidak meloyakan. Mudah ditelan.

Berminat boleh hubungi kami.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Saat Kelahiran Khalifah Kecil Kautsar Kamaliah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah khalifah kecil kami dah hampir berusia setahun lima bulan. Sekejap je rasa dah besar anak kami. Hari ni saya ibu terdetik nak cerita semua tentang Kautsar. Entah kenapa, sentimental pula rasa hari ni. Hihi.


Ibu dan abah menanti 7 bulan untuk hamilkan Kautsar. Walaupun 7 bulan tu pada orang lain mungkin sekejap, pada kami cukup lama. Tapi perancangan Allah swt memang terbaik, 7 bulan adalah waktu secukupnya untuk kami suami isteri saling berkenalan dengan lebih rapat sebelum menyandang tanggungjawab sebagai ibubapa. Maklumlah, kami cuma sempat berkenalan selama 7 bulan sebelum berkahwin.

Saat ibu syak ibu hamil, abah tak ada. Ibu bertugas di pusat bandar seminggu, abah pula di kampung bercuti. Setiap masa abah telefon ibu tanya, dah datang haid ke belum. Setiap kali juga ibu kata belum. Tamat je tugas ibu waktu tu, abah jemput ibu untuk bawa ibu bercuti. Waktu itulah ibu dan abah tau Kautsar ada dalam rahim ibu.

Ibu dan abah sama-sama menangis dalam bilik air, sambil berpelukan. Abah pegang ujian kehamilan ibu tak lepas-lepas :)

Alhamdulillah pengalaman hamilkan Kautsar mudah dan sangat seronok. Biasalah letih-letih badan pada awalnya, tapi kemudian ibu sangat bertenaga. Ibu bersemangat. Kautsar khalifah kecil ibu dan abah yang sangat baik, sangat memudahkan ibu dan abah. Tak pernah buat ibu sakit atau tak selesa. Berat badan ibu naik cantik, hb sentiasa normal, gula tak ada masalah. Semuanya mudah sepanjang hamilkan Kautsar. Dan abah kata, ibu cantik sangat sepanjang hamil :D

Waktu itu ramadhan ketiga. Balik kerja awal, ibu dan abah ke Carrefour beli barang dapur untuk masak berbuka. Ibu masak lauk daging lemak cili padi hari tu. Waktu tengah cuci pinggan lepas buka, keluar tanda bersalin. Darah dan lendir mengalir banyak, macam drama. Abah cepat-cepat solat maghrib, terus bawa ibu ke Hospital Pakar Puteri, JB.

Sampai di hospital, nurse kata bukaan baru 1 cm. Ibu balik rumah Cik Eza, tidur dan rehat. Esok inshaAllah ibu dan abah akan jumpa Kautsar.

Malam tu mula jam 3 pagi, ibu dah rasa contraction sikit. Jam 5 pagi ibu dah tak boleh tidur sebab gementar, bukan sebab sakit. Dari jam 5 pagi ibu pusing satu rumah, jalan tak berhenti semoga jalan cepat buka. Tak sabar nak jumpa anak ibu.

Lebih kurang jam 9 pagi ibu terus ke hospital sekali lagi. Nurse kata bukaan baru 1.5 cm. Lambat buka. Jumpa Doktor Laila lebih kurang jam 10-11 pagi, doktor seluk untuk stretchkan jalan. Sakit, memang sakit. Rasa macam kena sula. Hehe. Lepas tu darah turun melimpah. Ibu takut tengok darah banyak-banyak, haha. Lepas doktor seluk, ibu terus ke labour room untuk masukkan ubat buka jalan.

Nurse masukkan ubat jam 11:30 pagi. Jam 1 tengahari ibu dah rasa sakit. Kadang sakit sikit, kadang sakit banyak. Jam 2 petang, jalan dah buka 4 cm, doktor pecahkan ketuban. Anak ibu dah berak dalam perut, jadi kena bersalin cepat.

Cik Eli, Uncle Zul, Abang Luqman, Cik Eza, Mamat dan Atuk ada tunggu di bilik menunggu sepanjang hari. Abah sentiasa ada sebelah ibu; kekuatan ibu, semangat ibu. Sesaat pun ibu taknak jauh dari abah.

Ibu tak pernah pergi kelas antenatal. Sepanjang menunggu nak lahirkan Kautsar, ibu ikut semua yang nurse dan doktor suruh. Sebelum ibu bersalin, ada seorang ibu Cina yang sedang lahirkan anak kedua di bilik sebelah. Ibu boleh dengar doktor ajar ibu Cina tu, jadi ibu ikutkan apa yang doktor dan nurse kata.

Jam 4 lebih, abah minta izin keluar untuk solat Asar. Sebaik je abah balik dari surau, doktor pun masuk jenguk ibu. Doktor cek bukaan dah 7 cm. Kemudian doktor kata kalau rasa nak teran, teran sekuat hati.

Kali pertama ibu teran, caranya tak betul. Nurse suruh ibu pegang paha kuat-kuat dan tarik masa meneran. Ibu teran kali kedua. Kecoh sangat rasanya waktu tu, semua bising. Ibu abaikan kecoh-kecoh tu, ibu fokus pada suara nurse sebelah ibu yang jaga ibu. Kemudian ibu teran kali ketiga.

Alhamdulillah. Waktu tu jam 5 petang. Kautsar keluar dari rahim ibu cepat sangat. Sihat. Comel. Selamat. Waktu nurse tolak Kautsar ke nursery, semua orang tak sangka bayi itulah Kautsar. Cik Eli sempat hantar whatsapp kepada ibu tanya kalau ibu nak makan, waktu tu ibu sedang teran Kautsar. Hehe. Bila abah keluar bagitau Kautsar dah selamat dilahirkan, masing-masing kelam kabut nak tengok bayi. Tapi Kautsar dah masuk nursery.

Ibu dan abah pilih nama Kautsar Kamaliah. Maksudnya yang banyak kesempurnaan. Nama ni ibu dan abah pilih ketika dalam perjalanan pulang dari kampung satu masa tu. Inspirasinya dari surah Al-Kauthar dan juga bunga kamelia.


Alhamdulillah. Kautsar lahir dengan berat 3.55 kg, lebih dari yang ibu sangka. Kemampuan ibu untuk lahirkan anak sulong dengan berat begitu, mudah dan cepat, lebih kurang 12 jam je sakit, pun ibu tak sangka. Ibu panjatkan syukur kepada Allah swt, kerana merahmati rumahtangga ibu dan abah dengan pengalaman ini, dah hadiah cahayamata yang sangat ibu dan abah hargai.

Kautsar usia 4 hari.
Semoga besar jadi anak solehah. Penyeri rumahtangga ibu dan abah. Penyejuk hati. Pembimbing ibu dan abah ke jalan yang dirahmati Allah swt. Anak yang mendekatkan ibu dan abah kepada syurga-Nya.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Babywearing: Fitrah Menggendong Bayi.

Assalamualaikum.

Menggendong bayi trend yang meningkat di Malaysia. Namun sebenarnya menggendong bayi adalah fitrah. Bayi suka digendong, dan ibu suka menggendong bayi. Bayi yang digendong miliki bonding yang sangat rapat dengan ibunya, perkembangan emosinya stabil dan optimum. Malah dari segi kesihatan, menggendong bayi membantu perkembangan tulang belakang bayi secara optimum serta mengelakkan posisi yang mendatangkan kecederaan pada struktur tulang bayi.

Sebab itu menggendong bayi perlukan ilmu. Bukan mengikut trend semata-mata.


Di seluruh dunia, sejak dulu hingga kini, menggendong adalah budaya di pelbagai tempat. Selain memudahkan ibu bekerja, menggendong bayi juga memberikan keselesaan dan comfort kepada bayi. Kami suami isteri menggendong anak kami, Kautsar sejak umurnya 4 bulan. Tapi semakin besar kami jarang menggendong dan sekarang Kautsar lebih suka jalan sendiri berbanding digendong atau didukung.

Kebaikan menggendong bayi antaranya:
  • Bayi kurang menangis
  • Memudahkan penyusuan susu ibu
  • Membantu bayi adapt dengan dunia luar
  • Bagus untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi bayi
  • Hubungan ibu/bapa dan bayi yang lebih rapat
  • Mudahkan urusan harian / travel (kami gendong Kautsar sepanjang perjalanan dari Senai Airport, KLIA, Kota Bharu Airport dan balik semasa Kautsar berusia 5 bulan. Sangat mudah!)
  • Senaman baik untuk ibu/bapa yang menggendong







Kautsar 4 bulan

Kautsar 5 bulan

Kautsar 10 bulan

Kautsar 1 tahun 2 bulan
Jemput baca lebih lanjut tentang babywearing.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Ibubapa: Penyusuan Susu Ibu Elakkan Bayi Obesiti.

Assalamualaikum.


[Petikan dari akhbar Berita Harian]

TERLALU CEPAT BERHENTI MENYUSU BADAN ANTARA PUNCANYA

APAPUN alasan diberikan si ibu, untuk berkata TIDAK kepada penyusuan badan, anda mungkin berasa sesal dengan 'kesilapan' dilakukan.

Ini kerana tempoh penyusuan terlalu pendek, sekali gus digantikan dengan pemberian susu formula, membuka ruang risiko obesiti lebih luas kepada si kecil, semakin dia meningkat usia.
Pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang, tetapi bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat mengakibatkan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular. - Atul Singhal, Pakar Runding Paediatrik Hospital, Whittington, London
Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman, Prof Dr Berthold V Koletzko dalam kajian diketuai beliau, bertajuk ‘Program Pemakanan Awal’ yang dijalankan di lima negara Eropah pada 2009, mendapati seramai 1,128 bayi yang diberikan susu formula cenderung mengalami berat badan berlebihan atau obes apabila meningkat dewasa.

Bayi yang diberi susu formula lebih terdedah mengalami kenaikan berat badan, berbanding bayi yang menyusu ibu. Ini kerana kandungan protein dalam susu formula adalah tinggi iaitu kira-kira 55 hingga 80 peratus berbanding kandungan protein dalam susu ibu. Disebabkan itulah bayi diberikan susu formula lebih tembam dan montel, berbanding yang diberikan susu badan.

Saiz juga bukan ukuran bayi sihat. Kajian Dr Berthold turut mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam hingga dua tahun, lebih sihat walaupun berat badan bertambahnya lebih perlahan berbanding bayi yang diberikan susu formula.

“Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda. Manakala tubuh yang besar dengan berat badan berlebihan membuka risiko obesiti, iaitu ‘ibu’ kepada segala jenis penyakit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Bengkel Pemakanan Awal anjuran Wyeth di Singapura, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Berthold berkata, kanak-kanak obes bukan sekadar satu masalah setempat sebaliknya berlaku dan semakin meningkat bilangan mereka di seluruh dunia. Di Malaysia obesiti kanak-kanak pada 2002 ialah sebanyak 20.7 peratus manakala pada 2008 peratusannya meningkat kepada 26.4 peratus.

Sungguhpun sesetengah ibu bapa, mungkin teruja dengan bayi montel, ia sebenarnya tidak baik untuk kesejahteraan jangka panjang bayi.

Adat kajian antara kenaikan berat badan lebih tinggi dalam kalangan bayi dan obesiti serta peningkatan serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser bagi golongan dewasa hari ini.

Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) dan Akademi Pediatrik Amerika (AAP).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan EPA pada April 2011, mendapati, bayi yang diberikan susu formula terlalu awal, mungkin mengakibatkan obesiti pada usia awal persekolahan.

“Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel,” katanya yang menegaskan semua orang perlu tahu, bahawa montel tidak bererti sihat.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menegaskan yang penyusuan susu ibu disarankan sehingga enam bulan. Selepas itu, bayi perlu menerima makanan pelengkap dengan berterusan penyusuan susu ibu sehingga ke usia dua tahun.


ZAT TAK SEIMBANG JEJASKAN TUBUH, MINDA SI KECIL

BAYI memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka, berbanding kanak-kanak lebih besar. Lemak penting untuk pembentukan sel otak dan mata sihat.

Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun dan pemakanan pada beberapa tahun pertama (sejak janin membesar hingga anak berusia lima tahun) adalah penting untuk membekalkan nutrien yang perlu untuk perkembangan otak yang sihat.

Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington, London, Prof Atul Singhal berkata, sungguhpun pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang, tetapi bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat mengakibatkan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI), kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga mereka daripada lemak, berbanding 15 hingga 30 peratus kanak-kanak dalam kumpulan usia lebih tua.

“Adalah diakui bahawa lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting untuk perkembangan kognitif dan visual. Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul. Dalam susu ibu, nisbah AA:DHA adalah kira-kira 1:733,” katanya yang turut hadir pada bengkel berkenaan.

Menyedari kepentingan DHA, pengeluar susu formula menambah lemak penting ini ke dalam produk mereka. Bagaimanapun ada kemungkinan bahawa susu formula diperkuat dengan terlalu banyak DHA. Kenaikan tahap DHA semata-mata tidak memberi sebarang kesan, seperti diakui oleh satu laporan yang dikeluarkan pada 2010 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan WHO, yang menegaskan :

“Tidak cukup bukti untuk mengaitkan tambahan pengambilan DHA dan/atau EPA dengan peningkatan perkembangan fizikal dan mental atau manfaat tertentu dalam kalangan kanak-kanak berusia 2 hingga 18 tahun,”.

Sebaliknya pengambilan DHA secara berlebihan boleh membawa kepada penurunan tahap AA dalam plasma dan sel darah merah yang memberi kesan negatif kepada bayi yang membesar.

“WHO mengesyorkan agar asid lemak poli tidak tepu (seperti DHA dan AA) membentuk 11 peratus dan tidak lebih, daripada pengambilan jumlah tenaga bayi,” kata Prof Atul.

Sementara itu, Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam berkata, bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat zat seimbang boleh mempengaruhi perkembangan tubuh badan serta mindanya.

“Ibu bapa perlu mengetahui bahawa pemakanan mempunyai manfaat tertentu kepada tubuh badan.

“Bukan semua zat boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya asid lemak perlu yang penting untuk pertumbuhan minda serta mata, contohnya, boleh diperoleh menerusi makanan laut dan kekacang. Piramid makanan harus dijadikan panduan pengambilan makanan secara sihat,” katanya.


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU IBU MENYUSUKAN ANAK

Set vitamin yang dicadangkan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak antaranya termasuklah ESP, Vitalea, B-Complex, Vita C SR, Alfalfa dan Ostematrix. Set ini membantu ibu kekal sihat dan bertenaga sepanjang tempoh 2 tahun penyusuan susu ibu. Selain itu kandungan nutrisinya lengkap untuk keperluan ibu dan anak.

Bagi ibu bekerjaya, cadangan vitamin ini membantu ibu mengekalkan konsistensi susu perahan supaya mencukupi untuk keperluan anak. Alfalfa dan Ostematrix bertindak sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu badan.

Harus difahamkan, kesan terhadap setiap individu adalah berbeza. Walaupun dengan bantuan suplemen, ibu tetap perlu memenuhi konsep Demand vs Supply dengan mengerapkan pam susu, selain berdoa memohon kepada Allah swt supaya diizinkan menyusukan anak sehingga lengkap 2 tahun.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...